Harian Metro

Surendran yakin kekang Johor DT

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my

Melaka: Kapten Melaka United, R Surendran

yakin jika skuad berkenaan bijak menutup ruang dan mencipta serangan balas pantas, ia pasti mampu memberi khabar ceria ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, Jumaat ini.

Baginya, aksi di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput itu seharusnya digunakan sebaik mungkin buat skuad Hang Tuah untuk meraih kemenangan menerusi kehadiran penyokong setia.

Katanya, faktor itu sudah pernah dibuktikan skuad berkenaan selepas mengikat lawan sama 1-1 pada aksi pusingan kedua Liga Super di gelanggang sama musim ini.

Beliau berkata, Johor DT juga bukan terlalu kebal untuk ditewaskan tambahan pula mereka juga memiliki

(gambar)

kelemahan yang perlu diteroka untuk menghasilk­an keputusan cemerlang.

“Pada saya, jika pasukan konsisten menutup kubu daripada dibolosi sepanjang babak perlawanan, sudah pasti kami berpeluang untuk menghasilk­an sesuatu. Untuk menang, kami perlu bertindak agresif menerobos kubu lawan menerusi gerak serangan pantas menerusi posisi sayap dan tengah.

“Sehubungan itu, dalam masa sama kami perlu cermat untuk melakukan serangan balas kerana jika ia tersangkut sudah pasti ia membuka ruang buat pelawat menjaringk­an gol,” katanya.

Menurutnya, jurulatih Eduardo Almeida juga sudah melakar taktik penting untuk pembentuka­n cara bertahan yang betul selain membina gabungan yang efektif ketika melakukan gerakan dan mencari gol yang diharapkan.

Surendran berkata, kelebihan pelawat nyata terlalu banyak terutama dari segi kemantapan barisan pertahanan, tengah dan serangan dengan barisan pemain yang serasi serta berwibawa. Kuala Lumpur: Kelab yang bersaing di Liga Perdana, Kuantan FA didakwa masih gagal membayar gaji pemain mereka sejak lebih 11 bulan lalu.

Difahamkan, pengurusan pasukan melarang pemain dan jurulatih kelab itu daripada mendedahka­n masalah berkenaan tetapi beberapa individu yang rapat dengan pasukan sudah memuat naik perkara itu di laman web sosial.

Sumber di Kuantan menyebut, masalah itu sudah bertambah buruk hinggakan ada di antara pemain yang terpaksa membuat kerja lain bagi menampung perbelanja­an.

Ada pemain yang bekerja sebagai penghantar surat manakala ada juga yang sudah tidak lagi mahu bermain dan membuka sebuah kedai mencuci kereta.

Bagaimanap­un, Kuantan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia