Harian Metro

11 bulan Kuantan FA tak bayar gaji pemain

-

FA yang bersaing di Liga Perdana sejak 2015, sudah berjanji akan menyelesai­kan semua tunggakan gaji ke atas pemain dan pegawai pasukan sebelum mereka menarik diri musim depan.

Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar mengesahka­n keempat-empat pemain import terbabit sudah memfailkan kes ke atas Kuantan FA ma nakala pemain tempatan juga sudah setuju untuk memanjangk­an kes sama kepada PFAM.

“Kes ini amat serius hinggakan pemain tidak mampu untuk ke Kuala Lumpur bagi membuat aduan secara rasmi. PFAM akan turun ke Kuantan untuk bertemu mereka dalam masa terdekat ini,” kata Hairuddin.

Isi kandungan surat yang ditujukan kepada presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan presiden Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah sedang tersebar di laman sosial sejak Isnin lalu.

Antara kandungann­ya berbunyi: “Kami tidak ada duit untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga. Keadaan menjadi lebih buruk apabila isteri dan anak-anak tidak dapat membeli makanan yang diinginkan.

“Kami juga tidak ada duit untuk mengisi minyak kenderaan ke tempat latihan. Kami tahu bahawa Kuantan FA bukan kelab besar tetapi mereka sepatutnya bertanggun­gjawab dengan membayar gaji kami. Ini tidak sepatutnya berlaku dalam era bola sepak profesiona­l. Kami sedang kelaparan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia