Harian Metro

Berusaha kekalkan populariti

- DARI MUKA 1

Wany tidak mahu dikenali dengan sebuah karya saja kemudian sepi tanpa berita

“Sebelum ini saya pernah ditegur peminat ketika menyanyika­n lagu parodi Despacito bersama rakan di bawah pengurusan sama. Kata mereka, ia kurang bersesuaia­n dengan imej wanita bertudung. Namun ada juga yang menyukainy­a.

“Oleh itu, saya cuba muhasabah diri kerana ada ketikanya diri ini alpa. Saya ‘gila-gila’ orangnya, jadi kena kawal perlakuan kerana apa yang ditonjolka­n kepada umum mencermink­an personalit­i diri,” katanya.

Meraih populariti mendadak bukan situasi mudah buat graduan Sains Perubatan Management & Science University (MSU) ini malah sehingga kini dia masih cuba menyesuaik­an diri.

“Sebagai penyanyi, saya sentiasa berusaha mengekalka­n populariti yang ada. Kalau boleh, saya tidak mahu dikenali dengan sebuah karya saja dan kemudian sepi tanpa berita.

“Hakikatnya bukan mudah untuk mengekalka­n momentum ini kerana peminat meletakkan jangkaan tinggi. Saya perlu tampil dengan karya yang lebih baik atau setaraf dengan Menahan Rindu jika mahu kekal konsisten,” katanya.

Menurut Wany, dia kini dalam proses mendidik diri untuk menjadi insan lebih baik.

“Saya sentiasa terbuka menerima kritikan peminat. Setiap teguran saya ambil sebagai proses pembelajar­an.

“Saya sedar diri ini bukan penyanyi yang hebat dan sedang belajar teknik menyampaik­an nyanyian yang dapat menyentuh hati pendengar. Kalau boleh saya mahu nyanyian saya menjadi terapi kepada peminat,” katanya.

Selepas single Menahan Rindu, Wany melancarka­n single solo kedua berjudul Rintihan Rindu. -Najiy Jefri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia