Harian Metro

SERONOK TERIMA WATAK IDAMAN

- DARI MUKA 1

Hannah tak akan persiakan peluang, tekad beri persembaha­n terbaik

“Ia drama pertama saya bersama produksi Malaysia dan dalam masa singkat, saya diberikan pula kepercayaa­n membintang­i filem.

“Saya amat bersyukur dan lebih membuatkan terharu filem itu bakal diarahkan pengarah disegani ramai, Osman Ali.

“Melihat profil barisan nama bintang popular yang pernah bekerjasam­a dengan Abang Osman, saya berasa amat kecil namun enggan mempersiak­an peluang ini dan ingin memberi persembaha­n terbaik,” katanya

Bercerita mengenai filem sulungnya itu, Hannah berkata, dia akan membawakan watak Suri yang hadir dalam jelmaan manusia dan hantu.

Ditanya kepada pemilik raut wajah lembut serta keanak-anakan ini, adakah dia mampu memikul watak itu, Hannah mengakui, entiti dan ‘supernatur­al’ adalah antara watak diidamkann­ya.

“Apa yang saya dengar daripada pengurus saya Kak Dura, Abang Osman ambil saya untuk bawa watak Suri kerana ia digambarka­n sebagai seorang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia