Harian Metro

SINOPSIS TV

- HBO HD (ASTRO 431), 9 malam THE INTERN

Duda berusia 70 tahun, Ben Whitaker bersara daripada syarikat lamanya, DEX One dan memohon sebagai pekerja pelatih kerana terlalu bosan.

Syarikat yang dimohonnya itu adalah About The Fit yang mengendali­kan jual beli ‘online’ dan berkaitan fesyen.

Ben terpilih dan diletakkan sebagai pekerja pelatih untuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu sendiri iaitu Jules Ostin.

Pada awalnya, Jules agak skeptikal dengan kemampuan Ben memandangk­an dia sudah terlalu tua untuk bekerja di syarikat yang dimonopoli generasi muda itu.

Namun, Ben melakukan semua kerja dengan sangat baik, sekali gus mencuri perhatian semua orang.

Jules mula berpuas hati dengan kemampuan Ben, namun sebelum itu dia membuat keputusan terlalu terburu-buru dengan meminta Ben dipindahka­n ke bahagian lain.

Tidak hanya mampu menguruska­n beberapa hal di pejabat, Ben juga menggunaka­n pengalaman­nya untuk membantu kehidupan keluarga Jules.

Pelakon: Anne Hathaway, Robert De Niro & Rene Russo

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia