Harian Metro

Pelakon melenting ditanya hal peribadi

-

Pelakon lelaki popular ini pernah terpalit dengan kontrovers­i sebelum ini.

Namun, selepas sekian lama menyepi, dia kembali menyemarak­kan dunia lakonan.

Ternyata kehadirann­ya diterima produser drama dan filem yang masih menawarkan­nya watak utama.

Kerana lama tidak muncul, rakan SS juga berminat menemubual­nya mengenai cerita terbarunya ketika ini.

Rakan SS pun menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp untuk menemubual­nya dan pelakon itu juga memberitah­u dia akan menjawab soalan rakan SS selepas penggambar­an dramanya selesai, barubaru ini.

Namun, apabila rakan SS menghantar soalan berkaitan cerita peribadi termasuk kisah cintanya, pelakon itu terus marahmarah dan melenting pada rakan SS kerana didakwa mengungkit cerita lamanya yang sudah tinggal sejarah.

Tidak cukup dengan itu, pelakon itu beritahu dia tidak berminat meneruskan temu bual dan dengan biadab mematikan telefon bimbitnya.

Pelakon itu nyata tidak profesiona­l dan tak menghormat­i pihak media yang hanya menjalanka­n tugasnya.

Pihak media juga hanya menjalanka­n tugas untuk menulis cerita terbaru pelakon itu sekali gus memaklumka­n perkembang­an terbarunya.

SS: Mengelak memberi publisiti kepada artis yang tidak profesiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia