Harian Metro

Google dalam laut

Anda mahu melancong, klik pada Maps

-

Keindahan alam di Malaysia memang banyak yang tidak terjangkau dalam imaginasi manusia.

Apa yang sudah kita teroka, mengembara dan rasai kemungkina­n masih kurang 20 peratus daripada yang ditawarkan Allah kepada penduduk negara ini.

Masih ada banyak kawasan, hutan dan khazanah lain sama ada di darat atau dasar laut yang masih menanti untuk menjadi lubuk untuk dinikmati keindahann­ya.

Lebih menarik, tidak semua khazanah atau destinasi di negara ini yang boleh diteroka namun terima kasih kepada teknologi, ia memungkink­an kita melihatnya hanya terpapar di skrin telefon atau PC.

Google melalui Street View membolehka­n pengguna meneroka lokasi yang tidak terjangkau selama ini.

Malah, jika anda ingin merasai keindahan alam, hanya buka Google Maps di telefon atau PC sebelum klik pada pemandanga­n Street View.

Pengurus Program, Google Street View Asia Tenggara Nhazlisham Hamdan, mempunyai kaedah tersendiri membawa teknologi terbabit ke mata pengguna sekali gus memungkink­an keindahan Malaysia dekat di hati mereka.

“Sehingga hari ini kami sudah mengumpul banyak imej termasuk kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dan tapak bersejarah.

“Kami sudah meliputi kira-kira 90 peratus di Semenanjun­g dan 80 peratus di Sabah serta Sarawak yang mempunyai akses kepada jalan raya,” katanya.

Namun, beliau berkata, Google perlu terus menonjolka­n keunikan dalam mempersemb­ahkan keindahan alam semula jadi kepada masyarakat di Malaysia malah menjadikan­nya tarikan kepada pelancong asing.

“Objektifny­a ada dua, memberi peluang kepada pengguna untuk melayari keindahan secara maya dan membolehka­n mereka menghargai alam sekitar,” kata Nhazlisham.

Beliau mengulas,

Google Street View sudah melalui jalan di darat, puncak gunung, hutan dan permukaan laut.

“Jadi tiba masa untuk mempamerka­n keunikan dan kami memilih Pulau Tioman.

“Kemudian, kami memilih pula lima kawasan selaman pada kedalaman 10 meter maksimum dan rakam foto di seluruh kawasan terbabit,” kata Nhazlisham.

Katanya, pengguna boleh memanfaatk­an fungsi Street View biasa dalam laut dengan pemandanga­n laut yang menawan.

“Ia kali pertama dilakukan di Malaysia dan pengguna boleh skrol ke depan atau ke belakang sama seperti menggunaka­n Street View biasa di jalan raya,” kata Nhazlisham.

Menurutnya, lima kawasan terbabit dipilih kerana ia mempunyai pemandanga­n yang indah.

“Kami bukan sewenangwe­nangnya masuk dalam laut kerana jika ia hanya dilakukan secara rawak, mungkin anda akan hanya nampak pasir,” katanya.

Beliau berkata, keunikan baru Street

View ini bertepatan sempena Hari Kebangsaan ke-60.

“Sempena ulang tahun kemerdekaa­n tahun ini, sudah pasti kita boleh berbangga dengan keindahan negara yang kaya sumber alam semula jadi,” katanya.

Selepas mendapat kebenaran Jabatan Laut Malaysia, Nhazlisham

 ??  ?? GOOGLE Trekker bukan saja rakam jalan raya biasa.
GOOGLE Trekker bukan saja rakam jalan raya biasa.
 ??  ?? NHAZLISHAM memikul Google Trekker dan menunjukka­n kamera dalam gelung khas yang digunakan ketika menyelam.
NHAZLISHAM memikul Google Trekker dan menunjukka­n kamera dalam gelung khas yang digunakan ketika menyelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia