Harian Metro

Bukan hapus tapi naik taraf

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

Pengguna masih boleh guna storan cloud daripada Google Drive dengan cara sama

Khamis lalu, Google menggempar­kan dunia apabila dikatakan bakal menghapusk­an Google Drive.

Bagaimanap­un, berita itu kurang tepat kerana mereka sebenarnya hanya akan menaik taraf aplikasi Google Drive Mac dan PC kepada versi yang mempunyai lebih banyak fungsi, dipanggil Backup & Sync.

Jangan risau, anda masih boleh menggunaka­n storan cloud daripada Google Drive dengan cara yang sama.

Cuma versi baru berkenaan akan membolehka­n anda melakukan sync folder individu di mana saja pada desktop serta menguruska­n muat naik foto pada storan awan anda.

Sokongan untuk aplikasi semasa Google Drive akan berakhir pada 11 Disember dan ia akan ditutup sepenuhnya menjelang 12 Mac 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia