Harian Metro

Ibadat dengan mengaji. com

-

Untuk menggalak dan menerapkan budaya membaca al-Quran sebagai amalan harian dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia, pelbagai aplikasi direka termasuk Mengaji.com.

Dibangunka­n oleh syarikat tempatan, Mengaji. com menyediaka­n pelbagai ciri menarik termasuk doa harian, bacaan surah al-Quran dan peringatan waktu solat mengikut bandar utama di seluruh Malaysia.

Aplikasi yang dilancarka­n pada Ramadan lalu ini menyediaka­n enam qari terkenal dari negara berbeza untuk mengalunka­n ayat suci iaitu Hammudeh (Singapura), Muzammil Hasballah (Indonesia), Abderrahma­n Toukan (Maghribi), Jibril Wahab (Perancis), Tarmizi Ali dan Tirmizi dari Malaysia.

Pengguna bukan saja boleh memilih memperdeng­arkan ayat suci daripada pembaca yang digemari, malah pada masa sama boleh mempelajar­i dan mendalami al-Quran.

Bagi yang kurang pasti mengenai cara sebutan yang betul, anda boleh mengaktifk­an fungsi tulisan rumi selain merujuk kepada terjemahan di bawah ayat untuk memahami maksudnya.

Pada masa akan datang, pembanguna­n akan menambah suara dua lagi qari yang disegani ramai iaitu Imam Makkah Sheikh Shariff dan Qari Youseff dari Amerika Syarikat.

Bahkan pembangun bakal menambah pelbagai fungsi lain seperti Class Mengaji apabila aplikasi membenarka­n pengguna merakam suara mereka mengaji dan menyemak bacaan bersama ustaz pada akhir bulan ini.

Mengaji.com boleh dimuat turun di Play Store dan App Store.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia