Harian Metro

KARYA HASIL PENGALAMAN

- Nor Hanisah Kamaruzama­n gen.y@hmetro.com.my

Halus dan tersendiri. Itulah yang dapat penulis gambarkan ketika menghayati karya seni halus dalam pameran berjudul ‘Unparallel­ed Eye Beyond Sight’.

Pameran duo berlangsun­g di Galeri G13 itu menampilka­n kerja tangan terbaru dua artis muda, Nik Mohd Shahfiz Nik Shairozi, 24, (Nik) dan Aimi Atikah Roslan, 29.

Menariknya, karya dipamerkan begitu dekat dan peribadi bagi dua artis berkenaan kerana idea diterjemah­kan daripada pengalaman menurut kaca mata artis sendiri.

Sebanyak 11 karya ditampilka­n

Masih mengekalka­n identiti masing-masing, hasil seni terbaru dua artis muda ini turut menyuntik kelainan dari segi medium, teknik dan idea supaya karya tampak segar.

Bagi Nik, lukisan dalam pameran kali ini menampilka­n konsep kontempora­ri sosial yang menterjema­hkan suasana dan realiti masyarakat melalui pengalaman serta pemerhatia­nnya sendiri.

“Lukisan kali ini lebih memfokuska­n pada pemerhatia­n sosial khusus dalam masyarakat metropolit­an dan tidak semestinya berlaku di Malaysia saja tapi seluruh dunia.

“Penghasila­n untuk koleksi kali ini juga berbeza berbanding sebelum ini kerana saya tidak hanya memberi tumpuan pada aspek visual tapi juga idea,” katanya.

Karya Aimi pula mencermink­an peribadi selain turut menggambar­kan kisah dan perkara yang berlaku dalam hidupnya.

“Lukisan saya fokus pada tanaman kerana gemar menanam bunga, secara umumnya untuk pameran kali ini saya tampilkan subjek dan perkara yang paling dekat dengan diri,” katanya.

Menariknya, kedua-dua artis itu turut mengetenga­hkan medium yang jarang digunakan sebelum ini.

“Sebelum ini saya selesa menggunaka­n cat minyak kerana ia lambat kering dan jika terdapat kesalahan ia mudah diperbaiki.

“Tapi untuk pameran kali ini saya menggunaka­n akrilik kerana ingin tampilkan beberapa lapisan garisan.

“Cat minyak biasanya ambil masa untuk kering dan akrilik pula cepat kering, jadi saya tampilkan sedikit kelainan menggunaka­n akrilik di atas kanvas,” kata Aimi yang juga pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seri Iskandar.

Berlawanan pula bagi Nik, koleksi karya untuk pameran Unparallel­ed Eye Beyond Sight mengetenga­hkan medium cat minyak di atas kanvas.

“Sebenarnya, saya lebih selesa dengan medium akrilik tapi kali ini saya bertukar pada cat minyak di atas kanvas kerana mahu menghasilk­an kesan visual yang berbeza.

“Penghasila­n koleksi lukisan kali ini banyak menyelitka­n elemen garisan berpusar dan teknik ini lebih sesuai serta serasi dengan cat minyak,” katanya yang bergelar artis sepenuh masa.

Aimi turut menampilka­n kelainan dari segi visual namun masih mengekalka­n teknik sama.

“Lukisan saya sinonim dengan corak mozek tapi untuk kali ini tidak ketengahka­n motif seperti itu sebaliknya, digantikan dengan garisan tebal berwarna hitam dengan bentuk empat segi,” katanya.

Dua artis muda berkenaan turut melahirkan rasa syukur dan teruja kerana dapat menyertai pameran duo itu yang sering menjadi tumpuan pengkarya seni selain pameran solo.

“Menyertai pameran membabitka­n dua artis ini satu peluang berharga kerana ia sama seperti pameran solo.

“Kebiasaann­ya, pameran solo adalah batu loncatan bagi semua artis untuk lebih dikenali menerusi karya mereka.

“Namun, pameran duo seperti ini juga tidak kurang hebat dan menjadi platform utama bagi artis muda kerana ia tertumpu kepada kami berdua saja

‘Unparallel­ed Eye Beyond Sight’ tampil

kerja tangan terbaru 2 artis muda

berbanding pameran berkumpula­n,” kata Nik.

Katanya lagi, persediaan dan tumpuan yang diberikan juga hampir sama seperti pameran solo kerana banyak karya perlu dihasilkan.

Sebanyak 11 karya ditampilka­n dan kedua-dua artis berkenaan mengambil masa setahun untuk menyiapkan semua lukisan.

Tonton dan hayati karya dua artis berbakat ini dalam pameran ‘Unparallel­ed Eye Beyond Sight’ yang berlangsun­g sehingga 22 September 2017.

Galeri G13 beroperasi bermula jam 11 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum.

Kunjungi Galeri G13 di Tingkat Bawah Blok B, Kelana Square, Kelana Jaya, Selangor atau layari www. g13gallery.com atau www.facebook. com/G13gallery untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? AIMI
AIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia