Harian Metro

DUNIA PERAGAAN BAKAL PEGUAM

-

S: Apakah faktor utama netizen mengikuti perkembang­an Tasnim di IG?

T: Ketika mula mendaftar akaun Facebook (FB) pada 2014, pengikut tidak terlalu ramai dan ia mula meningkat naik sejak saya memuat naik gambar swafoto serta ‘outfit of the day’.

Jumlah bertambah secara mendadak apabila seorang jurugambar memuat naik gambar saya yang menjadi model busana butik pakaian untuk sepupu.

Sejak itu, semakin ramai yang mengikuti perkembang­an saya di IG selain turut menerima tawaran sebagai model pakaian untuk beberapa jenama tempatan.

Selain itu, mungkin netizen menyukai gaya saya bertudung, gaya pemakaian dan cara penjagaan wajah.

Ini kerana ada sesetengah orang bertanya saya di mana membeli pakaian, tudung dan kosmetik yang digunakan.

Bagi saya netizen bukan mengikuti perkembang­an saya disebabkan fesyen tetapi lebih kepada gaya hidup.

S: Adakah Tasnim memilih untuk membina karier sebagai model atau peguam pada masa akan datang?

T: Sebenarnya saya hanya mengambil tawaran sebagai model pada hujung minggu saja kerana masih menuntut.

Bagi saya, kuliah fokus utama supaya tidak terlalu obses mencari wang sehingga menjejaska­n pelajaran.

Bagaimanap­un, saya dapat rasa akan berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan sebaik saja tamat pengajian nanti.

Sekarang ini, saya sudah memperkena­lkan kosmetik jenama sendiri dan bercitacit­a mengembang­kan produk sedia ada.

Persaingan yang sengit menerusi bidang perniagaan pula menyebabka­n saya menganggap pendidikan amat penting pada masa hadapan sekiranya mengalami kerugian.

Jika ada rezeki saya memang ingin bina karier sebagai peguam sekali gus bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan peragaan.

S: Tasnim menjadi model pada usia muda, adakah kehidupan seharian berubah terutama dari segi masa?

T: Memang banyak perkara yang berubah terutama dari segi masa tetapi saya dapat belajar berdikari mencari duit poket sendiri.

Semua benda saya bayar sendiri tanpa mengharapk­an bantuan ibu bapa selain menjadikan diri lebih matang.

Namun begitu, saya perlu bijak membahagik­an masa agar tidak tertekan dan luangkan masa bersama keluarga.

Saya sarankan kepada remaja di luar sana, mula lakukan sesuatu seperti bangunkan perniagaan secara kecil-kecilan secara dalam talian untuk menjana pendapatan.

Menerusi pengalaman saya, bidang perniagaan memberi pulangan yang ‘lumayan’ berbanding makan gaji.

S: Adakah pengalaman menjadi model sangat seronok?

T: Mulanya memang seronok sebab saya nak ukir nama dalam bidang peragaan.

Lama-kelamaan terasa sedikit penat sebab banyak tukar pakaian dan bertumit tinggi namun bergantung kepada pelanggan, tetapi kerjaya sebagai model mampu memberi pendapatan lumayan mencecah empat angka sebulan.

S: Kongsikan hobi atau aktiviti kegemaran Tasnim pada waktu lapang?

T: Nak kata hobi tak juga tetapi masa terluang saya banyak menonton wayang bergenre ‘thriller’ bersama rakan dan keluarga.

Saya juga kaki makan yang menggemari makanan berkonsepk­an Indonesia seperti bakso, ayam penyet dan apa saja makanan yang mengenyang­kan!

Selain itu, saya suka meluncur ais sejak usia 16 tahun. Apabila meluncur ais saya rasa bebas dan mencabar diri menerusi pelbagai teknik yang dipelajari.

S: Tasnim fobia dengan haiwan apa?

T: Lipas dan cicak!

Saya sangat fobia dengan lipas sebab fizikalnya menggelika­n. Lebih-lebih lagi jika lipas itu terbang ke arah saya.

Bukan itu saja, saya juga takut ikan keli kerana saya membayangk­an seperti ular. Hakikatnya saya langsung tidak takut ular.

S: Apa barang yang ‘wajib’ ada setiap kali Tasnim keluar rumah?

T: Barang yang wajib ada ialah dompet, gincu, pemerah pipi, minyak wangi, tisu basah dan pasport! Saya memang sentiasa bawa pasport ke mana saja supaya mudah jika ada perancanga­n ke luar negara secara tibatiba.

S: Apakah perancanga­n dan impian Tasnim pada masa akan datang?

T: Perancanga­n saya nak tamatkan pengajian dengan jayanya dan bercitacit­a memperluas­kan perniagaan yang dijalankan secara dalam talian sehingga berjaya seperti Vivy Yusof dan Neelofa.

Malah saya berhasrat memperbany­akkan produk kosmetik dan mahu menembusi pasaran antarabang­sa jika ada rezeki.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia