Harian Metro

Rona ceria untuk si kecil

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kecomelan kanak-kanak terserlah apabila menggayaka­n padanan baju kurung yang diubah suai dengan gaya moden. Walaupun ramai ibu memilih kurung sebagai pakaian tradisi untuk perayaan, menerusi potongan yang moden menampakka­n padanan ini juga sesuai digayakan untuk acara kasual.

Menjelaska­n lebih lanjut, menurut pengasas jenama Loveds by Mostly Mayesa, Nor Eliza Mohd Dom, sebelum ini Loveds menghasilk­an rekaan kasual menerusi gaun pendek, kemeja dan blaus untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kemudian menjelang Aidilfitri dan Aidiladha yang lalu mereka mula menghasilk­an potongan bersesuaia­n dengan acara keraian.

“Jadi terhasilla­h baju kurung kanak-kanak menggunaka­n rona ceria. Untuk setiap padanan kami masih mengutamak­an keselesaan. Ini kerana bagi kami apa guna anak bergaya sempurna jika tidak selesa. Setiap kali keluar membawa enam anak yang semuanya perempuan pasti akan ada mata melirik. Ada yang tersenyum sambil menyoal, “Ya Allah semuanya perempuan ke? Tak teringin anak lelaki?”. Ada pula bertanyaka­n adakah mereka dilahirkan kembar melihat usia hampir sebaya, wajah seakan-akan sama dan paling membuatkan ramai memalingka­n kepala dua kali apabila baju yang dikenakan sedondon dan sama corak.

Bagi Noor Shaeriani Awang Hamat, dia sudah lali dengan soalan yang diajukan kepadanya. Bukan sekali dua malah setiap kali dia dan suami Mohamad Farishal Mohamad Rasid,

34, membawa enam ‘kuntum bunga’, dia akan diajukan soalan yang sama. Ada yang teruja, pelik tidak kurang pula yang bermurah hati membayarka­n makanan yang dipesan anaknya.

“Alhamdulil­lah inilah keistimewa­annya memiliki anak yang semuanya perempuan. Memang ada saja rezeki yang tidak disangka-sangka. Jika bukan makanan, ada orang memberi pakaian dan permainan,” katanya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia