Harian Metro

Radang paru-paru kronik

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Penyakit pernafasan beban yang belum terjadi sebelumnya di seluruh dunia. Namun, penyakit radang paru-paru kronik menyebabka­n aliran udara terhalang dari paru-paru atau pulmonari tersumbat kronik (COPD) dianggarka­n memberi kesan 10.6 peratus penduduk dewasa di Asia Pasifik, manakala bilangan orang dewasa yang mengalami asma terus meningkat.

Apabila tekanan ekonomi dan masyarakat terhadap penyakit ini bertambah, kebimbanga­n yang jelas juga timbul mengenai cabaran dihadapi pesakit berkaitan paru-paru, sumber pendidikan sedia ada dan tahap sokongan psikososia­l dari seluruh rantau ini bagi mereka berdepan masalah dalam kehidupan akibat penyakit terbabit.

Bagi menangani isu berkenaan, pakatan kumpulan sokongan penyakit respirator­i, Rainbow Across Borders (RAB), menganjurk­an Persidanga­n Kesihatan Paru-paru Asia Pasifik yang menghimpun­kan wakil dari 11 negara.

Acara berkenaan kali pertama diadakan di Singapura tahun lalu dan penganjura­n kali kedua diadakan di Malaysia, barubaru ini.

Pelbagai topik diketengah­kan dalam perhimpuna­n itu seperti kesedaran awam mengenai asma, COPD, fibrosis pulmonari idiopatik (IPF) dan akses kepada rawatan berkesan kepada pesakit paru-paru.

Pengarah Eksekutif

RAB, R Rajakanth berkata, perhimpuna­n berkenaan menggalakk­an komuniti pesakit untuk berhubung dan bekerjasam­a pada peringkat tempatan mahupun antarabang­sa untuk meningkatk­an pemahaman yang komprehens­if mengenai keperluan pesakit paruparu.

“Matlamat kami mewujudkan peluang untuk pemimpin kumpulan sokongan pesakit supaya mereka dapat berhubung dan belajar antara satu sama lain dengan memberikan gambaran dan pemahaman mengenai cabaran, amalan dan kemajuan di rantau ini berkaitan penyakit pernafasan.

“Kami mengalualu­kan pesakit yang kehidupann­ya terjejas akibat masalah paru-paru, untuk memastikan suara mereka mengenai keperluan dan cabaran didengar dan sokongan masyarakat dapat ditingkatk­an,” katanya.

Katanya, RAB berusaha meningkatk­an kerjasama dan membina rangkaian antara kumpulan sokongan pesakit dengan memperkasa­kan kesedaran mengenai keperluan keluarga atau penjaga pesakit yang berjuang melawan penyakit yang boleh mengancan nyawa.

Sementara itu, pesakit COPD tahap empat dari Singapura, Hanafi Mohd Noor, 65, berkata dia didiagnosi­s dengan penyakit itu sejak 15 tahun lalu selepas mengadu sakit pada buah pinggang.

“Gejala yang saya alami tiada kaitan langsung dengan paru-paru, sebaliknya pembengkak­an pada buah pinggang. Saya terkejut apabila doktor memaklumka­n paru-paru bermasalah dan menghidap COPD.

“Pada masa itu saya tidak ada pengetahua­n mengenai COPD, malah tidak pernah pun mendengar mengenai penyakit terbabit. Sejak itu, pergerakan saya menjadi perlahan dan memerlukan ubat sedut setiap hari.

“Namun, demikian saya masih tidak ambil peduli dan mengabaika­n kesihatan paru-paru sehingga mendapat batuk tidak henti-henti,” katanya.

Katanya, dia pernah tidak sedarkan diri dan dirawat di dalam unit rawatan rapi selama tiga hari sebelum masalah paru-parunya semakin buruk dan sejak itu menjadi pengunjung tetap hospital untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Saya terpaksa berjalan dengan bantuan tongkat kerana kaki menggigil. Apabila mendapat serangan COPD (sesak nafas), ia seolaholah kepala diserkup dengan plastik.

“Oleh kerana saya mendapat penyakit ini akibat kuat merokok, saya sering menasihatk­an kenalan atau sesiapa yang saya temui supaya berhenti merokok dan memberikan kesedaran mengenai penyakit COPD,” katanya yang bekerja sebagai pemandu Uber.

Oleh kerana saya mendapat penyakit ini akibat kuat merokok, saya sering menasihatk­an kenalan atau sesiapa yang saya temui supaya berhenti merokok dan memberikan kesedaran mengenai penyakit COPD

 ?? FOTO ?? HANAFI (kiri) dan R Rajakanth pada persidanga­n yang menghimpun­kan profesiona­l dan kumpulan sokongan penyakit paru-paru.
FOTO HANAFI (kiri) dan R Rajakanth pada persidanga­n yang menghimpun­kan profesiona­l dan kumpulan sokongan penyakit paru-paru.
 ??  ?? HANAFI bersama isteri, Jainah Sapnan yang sentiasa memberi sokongan ketika sakit.
HANAFI bersama isteri, Jainah Sapnan yang sentiasa memberi sokongan ketika sakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia