Harian Metro

Terbayang senyuman

- Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Rakyat negeri ini mengambil kesempatan menziarahi makam Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah sambil membaca Yasin di Makam Diraja Langgar, di sini, semalam.

Turut berangkat, puteri sulung Almarhum Tunku Soraya yang meluangkan masa sejam dengan bacaan Yasin sebelum menyiram air mawar di atas makam.

Hadir sama, bekas Mufti Kedah Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad.

Sementara itu, Marzita Md Isa, 48, dari Jitra berkata, dia mengambil peluang menziarahi makam baginda kerana terlepas peluang memberi penghormat­an terakhir di Istana Anak Bukit, kelmarin.

 Rakyat terus kunjungi makam Almarhum Sultan Abdul Halim

“Semalam (kelmarin) saya demam dan tidak mampu berjalan, tetapi hari ini (semalam) saya rasa lebih baik sebelum ajak bapa Md Isa Shaari, 74, untuk menemani ke makam Almarhum.

“Saya membesar di bawah pentadbira­n Almarhum yang dikenali sebagai sultan yang mudah didekati walaupun saya hanya berpeluang melihat baginda dari jauh.

“Perwatakan baginda menyatukan hati rakyat Kedah serta negara apabila baginda satu-satunya raja yang ditabalkan dua kali sebagai Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Suri rumah Azlin Abu Bakar, 40, dari Lorong Seri, di sini, berkata, dia memilih menziarahi makam baginda bagi mengelak bersesak dengan orang ramai, semalam.

“Saya hadir bersama suami Azaidi Ahmad, 43, dan menyedekah­kan al-Fatihah sebagai tanda kasih kepada Almarhum.

“Senyuman baginda masih terbayang-bayang ketika Almarhum melambai tangan kepada rakyat sewaktu keberangka­tan pulang ke negeri ini selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14. Perwatakan baginda membuatkan rakyat rasa dekat dengan Almarhum,” katanya.

 ??  ?? SYEIKH Muhamad Baderudin (depan) bersama pelajar tahfiz membaca dan mengaminka­n doa di Makam Diraja Langgar, semalam.
SYEIKH Muhamad Baderudin (depan) bersama pelajar tahfiz membaca dan mengaminka­n doa di Makam Diraja Langgar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia