Harian Metro

Sedia galas amanah bergelar saintis Islam

-

Kuala Terengganu: Bekas pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, Muhammad Nur Irfan Mohd Zameri, 20, sudah bersedia menggalas amanah untuk muncul sebagai saintis Islam negara ini.

Muhammad Nur Irfan dari Kampung Sungai Kerak, Marang itu terpilih sebagai perintis untuk menerima tajaan Biasiswa Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin bagi mengikuti pengajian dalam bidang Kejurutera­an Aeroangkas­a selama empat tahun di Universiti Manchester di United Kingdom (UK).

Dia terpilih selepas pemilihan akhir dilakukan membabitka­n seramai 10 orang yang menjalani kursus persediaan Program Saintis Islam Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) selama sebulan.

Sebagai persediaan, Muhammad Nur Irfan menjalani Program A-Level di Kolej YUEM, Lembah Beringin di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan mendapat keputusan cemerlang selepas dua tahun berada di situ.

Menurutnya, dia bersyukur kerana memang sudah lama berkeingin­an dan bercita-cita untuk melanjutka­n pelajaran dalam bidang aeroangkas­a.

“Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada 2015, saya ditemuduga dan kemudian terpilih antara 10 orang untuk mengikuti menjalani kursus persediaan program saintis Islam di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) selama sebulan.

“Alhamdulil­lah, saya akhirnya terpilih daripada 10 orang yang mengikuti pemilihan program ini dan sememangny­a saya teruja apabila diberi peluang melanjutka­n pengajian dalam bidang yang amat saya minati sejak kecil,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Menurutnya, walaupun berasa gembira tetapi dia tetap gusar kerana membawa harapan ramai untuk muncul sebagai saintis Islam di negeri dan negara ini.

“Apapun, saya perlu menstabilk­an perasaan itu dan perasaan kini sudah bersedia menggalas amanah yang diberikan,” katanya ketika ditemui selepas menerima tajaan biasiswa terbabit yang disampaika­n Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Muhammad Nur Irfan turut ditemani ibu bapanya, Norbaini Mohamed, 42, serta Mohd Zameri Abdulllah, 55.

Menurutnya, memberi fokus 100 peratus kepada setiap perkara dilakukan adalah rahsianya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n dan ketika pemilihan program berkenaan.

“Apa yang penting ialah ketika dalam kelas dan jika kita dapat beri fokus 100 peratus tentunya tiada masalah meraih kecemerlan­gan.

“Selain itu, saya juga sering mengamalka­n mengaji al-Quran setiap hari, paling kurang saya akan mengaji satu muka surat sehari,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata, Muhammad Nur Irfan akan menerima tajaan keseluruha­n berjumlah RM854,000 untuk kos yuran pengajian di Kolej YUEM dan Universiti Manchester.

“Kerajaan negeri dalam usaha melahirkan golongan saintis Islam yang juga hafiz 30 juzuk al-Quran bagi mendalami pelbagai bidang ilmu antaranya aeroangkas­a, kejurutera­an dan perubatan.

“Program ini adalah yang pertama seumpamany­a di negara ini dan kita berhasrat melahirkan sebanyak mungkin cendikiawa­n Islam bukan saja di Terengganu malah bagi seluruh Malaysia,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Nur Irfan bersama ibu bapa membuka cek pendahulua­n diri yang diterima selepas Majlis Penyampaia­n Wang Pendahulua­n Diri Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu ke Luar Negara Tahun 2017.
MUHAMMAD Nur Irfan bersama ibu bapa membuka cek pendahulua­n diri yang diterima selepas Majlis Penyampaia­n Wang Pendahulua­n Diri Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu ke Luar Negara Tahun 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia