Harian Metro

Mitsubishi Outlander tawar harga kompetitif

-

Kuala Lumpur: Mitsubishi Outlander 2.0L AWD menjadi model kedua dikeluarka­n secara pemasangan tempatan (CKD) selepas model ASX pada 2014, sekali gus menawarkan harga lebih kompetitif berbanding varian diimport sepenuhnya (CBU).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Tomoyuki Shinnishi berkata, model itu hasil perjanjian bersama antara Mitsubishi Motors Corperatio­n (MMC) dan rakan sekutu Renault-Nissan yang dimeterai pada Oktober tahun lalu.

“Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) tujuh tempat duduk ini dipasang di Kilang Pemasangan Tan Chong Motors (TCMA) dan kami memberi jaminan kualiti model CKD ini sama seperti model 2.4L CBU yang dilancarka­n tahun lalu.

“Varian 2.4L AWD juga masih dijual dan ia kekal sebagai model CBU,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran­nya di TCMA Segambut, semalam.

Hadir sama, CEO Warisan Tan Chong Motor Holdings, Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Operasi MMM, Ilham Hilmi dan Ketua Pakar Produk Mitsubishi Motors Corporatio­n (MMC) Japan, Yoji Otani.

Tomoyuki berkata, MMM setakat ini menjual 700 unit Mitsubishi Outlander 2.4L dan yakin jualan model berkenaan akan terus meningkat.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada pelanggan setia yang membolehka­n MMM meraih tempat pertama dalam Indeks Jualan dan Kepuasan (SSI) tahun lalu selain mengekalka­n kedudukan lima teratas bagi Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) sejak 2015 yang dikeluarka­n JD Power.

“Sempena pelancaran ini, MMM memperkena­lkan warna baru hitam ruby sebagai warna eksklusif untuk pasaran negara ini,” katanya.

Terdahulu, Mitsubishi Outlander 2.0L AWD DOHC MIVEC menawarkan kuasa 145 PS dengan 196 Nm tork, dipadankan bersama transmisi CVT INVECS-III. Ia dipadankan dengan tujuh beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), Kawalan Cengkaman dan Kestabilan Aktif (ASTC) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA).

 ??  ?? DARI kiri, Yoji, Tomoyuki, Tan dan Ilham menunjukka­n warna baru Mitsubishi Outlander 2.0L AWD CKD selepas majlis pelancaran­nya di TCMA Segambut, semalam.
DARI kiri, Yoji, Tomoyuki, Tan dan Ilham menunjukka­n warna baru Mitsubishi Outlander 2.0L AWD CKD selepas majlis pelancaran­nya di TCMA Segambut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia