Harian Metro

‘Restu ibu bapa paling utama’

-

Kuala Lumpur: “Kalau saya dapat restu ibu bapa, baru saya akan fikirkan secara serius tawaran kelab luar.”

Itu kata pemain pertahanan skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Adam Nor Azlin yang bersedia mempertimb­angkan tawaran beraksi di luar negara jika mendapat restu dari kedua orang tuanya.

Dia yang beraksi cemerlang ketika membantu Malaysia meraih pingat perak pada Sukan SEA KL2017 bulan lalu dikatakan antara pemain buruan beberapa kelab di Liga 1 Thailand untuk mengisi kuota selaku pemain import dari rantau ini.

“Jika benar ada tawaran dari kelab luar, perkara pertama yang perlu ialah mendapatka­n persetujua­n ibu bapa terlebih dulu.

“Apa-apa hal saya mesti rujuk mereka (keluarga) kerana bagi saya restu ibu bapa juga penting untuk saya ke mana-mana. Jika tidak, mungkin saya terpaksa lupakan dulu dan fokus dengan pasukan sekarang,” katanya kepada Arena Metro.

Menerusi laporan akhbar ini, sekurang-kurangnya enam pemain skuad B-22 diintai kelab Thailand selepas mereka mempamer aksi memberangs­angkan pada temasya dwitahunan bulan lalu.

Selain Adam yang kini beraksi bersama Selangor, pemain lain ialah N Thanabalan (FELCRA FC), Mohd Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Muhammad Adib Zainudin (FELCRA FC) dan Muhd Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang).

“Setakat ini saya belum mendapat apa-apa tawaran, tapi saya ada dengar khabar angin itu melalui media. Kalau betul sepatutnya mereka menghubung­i majikan saya (Selangor) atau saya sendiri tapi setakat ini tak ada apa-apa.

“Saya tak letakkan harapan tinggi namun jika ada saya mahu beraksi dengan pasukan yang dapat memberikan saya peluang bermain secara kerap agar prestasi dapat dikekalkan,” katanya.

 ??  ?? ADAM (kanan) cemerlang bersama Selangor.
ADAM (kanan) cemerlang bersama Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia