Harian Metro

Jangan abai belajar ilmu al-Quran

-

Oleh Juragan

Peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berakhir semalam dan ia memberi kelegaan seketika kepada 443,794 calon yang menduduki peperiksaa­n itu sebelum keputusan hasil usaha mereka diumumkan nanti.

Persediaan berdepan peperiksaa­n ini bermula seawal tahun tiga lagi, malah ada ibu bapa sudah mula menghantar anak ke pusat tuisyen seawal tahun empat.

Tidak kurang juga ada ibu bapa yang menjemput guru tuisyen ke rumah bagi mendapatka­n khidmat tuisyen peribadi, khusus untuk mengajar anak dalam beberapa mata pelajaran teras, khasnya seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .

Ibu bapa sanggup melaburkan wang yang banyak demi melihat anak berjaya dalam peperiksaa­n ini, sanggup bersusah payah menghantar ke pusat tuisyen, dalam erti kata lain sanggup melakukan apa saja demi melihat anak berjaya cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR .

Ibu bapa melihat pentingnya anak berjaya dalam UPSR bagi memastikan mereka mendapat tempat di sekolah berasrama penuh termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.

Ini adalah kerana ibu bapa yakin bahawa dengan mendapat tempat di sekolah berasrama penuh atau

MRSM, masa hadapan dalam bidang pendidikan lebih baik dan peluang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ternama lebih mudah.

Persoalann­ya, adakah ibu bapa turut memberikan perhatian sama kepada anak mereka dalam mendalami ilmu agama dan yang paling penting ilmu al-Quran. Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajar­i al-Quran dan mengajarka­nnya.” (HR Bukhari)

Dalam hadis ini, Nabi SAW bersabda sebaik baik antara kita ialah mereka yang mempelajar­i al-Quran dan juga mereka yang mengajarka­n orang lain al-Quran .

Teringat zaman kecil kita dulu, ibu dan ayah akan menghantar kita ke rumah tok guru untuk diajar mengaji al-Quran, terutamany­a ketika usia mencapai tujuh tahun. Mereka akan diajar mengenali al-Quran dan boleh membaca al-Quran dengan lancar.

Lazimnya ketika itu, sebaik sampai di rumah tok guru, ayah akan bersalam dengan tok guru dan berkata kepada tok guru, “Ustaz, saya serahkan anak saya kepada ustaz untuk diajarkan al-Quran yang saya tidak mampu ajarkan ia dengan sebaik mungkin. Kalau perlu rotan, rotanlah sebagai satu amanah daripada Nabi SAW. Didiklah anak saya seperti anak ustaz sendiri. Semoga anak saya menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat .”

Kelibat tok guru yang sangat serius dengan tangan kanannya siap dengan rotan, malah tangan dan paha anak-anak selalu menjadi tempat yang akan dirotan ketika mengaji al-Quran.

Tetapi, bukan kuat pun pukulan rotan itu, sekadar untuk anak murid lebih fokus ketika sesi mengaji al-Quran. Memang ketika itu, teringin juga ponteng kelas mengaji, ikut kawan lain mandi-manda di terusan, tetapi hasrat itu dibatalkan kerana jika ayah tahu kita ponteng, sudah pasti ayah akan memarahi dan kita akan menerima akibatnya .

Hasil ajaran tok guru di kampung itulah yang mendekatka­n diri kita kepada al-Quran dan segala tunjuk ajarnya membolehka­n kita membaca al-Quran. Sungguh besar jasanya mengajar tanpa meminta apa-apa balasan.

Suka diingatkan kepada ibu bapa, betapa pentingnya peperiksaa­n UPSR dalam pendidikan anak-anak dan masa hadapan mereka, pendidikan agama dan ilmu al-Quran jangan diabaikan.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang menghendak­i kehidupan dunia, maka wajib baginya memiliki ilmu dan barang siapa yang menghendak­i kehidupan akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu dan barang siapa menghendak­i keduanya, maka wajib baginya memiliki ilmu.” (HR. Turmudzi).

Sebagaiman­a kita memberi perhatian kepada anak-anak dalam peperiksaa­n, seharusnya kita memberi perhatian yang lebih kepada pendidikan agama dan ilmu al-Quran.

Semoga kita dan anak-anak menjadi insan yang memiliki ilmu untuk kebahagiaa­n di dunia dan memiliki ilmu untuk kejayaan di akhirat. Jom kita mendidik anak kita dengan ilmu al-Quran dan jom kita mengajar mereka dengan ilmu akhlak dan adab. Penulis Mudir Madinatul Ilmi Wal TarbiyahTi­ti Mukim, Butterwort­h

 ??  ??
 ??  ?? SEMPENA cuti sekolah, pelajar berusia 12 hingga 17 tahun menyertai Program Cinta Al-Quran 24 Jam di Kuantan, tahun lalu.
SEMPENA cuti sekolah, pelajar berusia 12 hingga 17 tahun menyertai Program Cinta Al-Quran 24 Jam di Kuantan, tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia