Harian Metro

Wajah saja bengis

- Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

Saya bukan orang senang dan pernah merasai kesusahan serta kepayahan

hidup

Ali Komeng  Pelakon Ali Komeng giat sertai aktiviti kebajikan

Di sebalik raut wajah bengis pelakon popular yang kerap memegang watak gangster dan serius, Azlan Komeng atau nama sebenarnya Azlan Kamiran, 41, aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarak­atan.

Bagi Azlan, dia sedia menghadiri jemputan yang diterima kerana ia bertujuan menceria dan menggembir­akan individu kurang bernasib baik yang memerlukan sokongan masyarakat dalam menempuh kehidupan.

Malah, selebriti itu turut meluangkan masa di Melaka bagi bersama-sama mengambil bahagian dalam program kebajikan anjuran Pemuda UMNO Bertam Ulu di Taman Paya Emas, di sini, kelmarin.

“Saya bukan orang senang dan pernah merasai kesusahan serta kepayahan hidup.

“Berikutan itu saya mahu berkongsi rezeki yang diberikan Allah sebaik mungkin, sekali gus menceriaka­n hati golongan kurang bernasib baik ini.

“Anak-anak daripada keluarga kurang berkemampu­an juga perlu diberi perhatian. Saya yakin jika mereka dibantu terutama dalam hal akademik mereka boleh mengubah kehidupan keluarga masing-masing selepas ini,” katanya.

Katanya, walaupun mempunyai jadual ketat sehingga hujung tahun ini kerana penggambar­an drama atau

telemovie serta program kesenian lain, dia tetap mencari masa terluang menghadiri jemputan bagi meraikan golongan yang kurang berkemampu­an. Menceritak­an mengenai dirinya, Azlan berkata, nama Komeng adalah gelaran diberikan rakan ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) selepas dia kerap membawa watak antagonis dalam beberapa drama pada awal pembabitan­nya dalam dunia lakonan.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu membintang­i lebih 30 filem seperti Impak Maksima, Leftenan Adnan, Langgar, Satu lawan Satu, Hantu Bonceng, Gerak Khas The Movie 3, Senjakala, Hikayat Merong Mahawangsa, Kongsi, Puteri Gunung Ledang, Senario Asam Garam dan Jeritan Jin .

Sepanjang lebih 23 tahun bergiat dalam dunia lakonan dia menempuh pelbagai pengalaman pahit manis termasuk tidak dibayar, ditipu penganjur dan penaja menarik diri, namun ia tidak melemahkan semangatny­a untuk terus aktif dalam dunia seni.

 ??  ?? ALI (tengah) membantu menjayakan program kemasyarak­atan Pemuda UMNO Bertam Ulu, baru-baru ini.
ALI (tengah) membantu menjayakan program kemasyarak­atan Pemuda UMNO Bertam Ulu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia