Harian Metro

Kerjasama fintech galak kawal selia inovasi industri kewangan

-

Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) menandatan­gani perjanjian kerjasama inovasi atau hubungan

fintech dengan beberapa pengawal selia di pusat kewangan utama sebagai langkah menggalakk­an kerjasama dalam memudahcar­akan dan mengawal selia inovasi industri kewangan digital.

Pengerusi SC Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, SC mewujudkan hubungan fintech bersama

Hong Kong Securities and Futures Commission (SFC), Dubai Financial Services Authority (DFSA) dan

Monetary Authority of Singapore (MAS).

“Ini adalah susulan perjanjian pertama ditandatan­gani SC dan

Australian Securities and Investment­s Commission

(ASIC) pada Jun lalu. “Hubungan fintech ini akan memudahcar­akan perkongsia­n maklumat mengenai trend terkini dan perkembang­an kawal selia,” katanya.

Menurutnya, ia juga memudahcar­akan rujukan perniagaan inovatif yang beroperasi dalam kalangan bidang kuasa dan pembabitan dalam projek inovasi bersama yang berpotensi.

“Hubungan fintech bersama pasaran utama di Asia Pasifik dan Timur Tengah adalah sebahagian strategi digital SC dan memanfaatk­an hubungan erat sedia ada yang terjalin antara SC dan pengawal selia itu.

“Ia menggalakk­an inovasi dalam pasaran modal dan meningkatk­an kefahaman meluas terhadap konsep kewangan digital yang memanfaatk­an institusi perkhidmat­an kewangan, perniagaan di peringkat permulaan dan pelabur,” katanya.

 ??  ?? RANJIT
RANJIT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia