Harian Metro

Morais enggan dabik dada

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Johor Bahru: “Kami bukan pasukan pilihan.”

Itu reaksi pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Ulisses Morais ketika menyifatka­n semua pasukan beraksi di suku akhir Piala Malaysia mampu layak ke final.

Pengendali dari Portugal itu berkata, lapan pasukan di suku akhir piala berprestij itu memiliki kekuatan tersendiri selepas melepasi saingan kompetitif kumpulan masing-masing.

Bagi membuktika­n kata-katanya, Morais akan menurunkan kesebelasa­n terbaik apabila berdepan Melaka

United pada aksi suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat malam ini kerana mahu mencari bekalan selesa sebelum perlawanan di Larkin minggu depan.

“Kami sedar bukan mudah untuk ke suku akhir. Kami berpuas hati dapat kekal di tangga teratas Kumpulan D dan pastinya rentak kemenangan itu ingin dikekalkan.

“Sebelum ini, pada aksi terakhir kumpulan, kami membuat persiapan tanpa kelibat Safiq Rahim, Amirul Hadi Zainal, Aidil Zafuan Abd Radzak, Ahmad Hazwan Bakri dan Darren Lok kerana bersama Harimau Malaya dan kini sudah menyertai latihan dan persiapan kami lebih mantap.

“Aksi suku akhir pertama ini juga perlawanan sulung saya berdepan Melaka. Segala maklumat berhubung kekuatan pasukan itu dikongsi Raul Longhi dan Ismail Ibrahim yang sudah berpengala­man membimbing pasukan menentang lawan sama pada aksi Liga Super,” katanya.

Beliau menambah, skuad kendalian Eduardo Almeida itu dilihat memiliki barisan pemain yang hebat dan dibantu pemain Korea Selatan, Jeon Woo-young di posisi tengah.

“Apa yang pemain Johor DT harus lakukan adalah sentiasa fokus dan tidak hilang tumpuan kerana kita boleh pulang tanpa dan menyebabka­n kecederaan.

Sehubungan itu, beliau mahu pemain membuang rasa rendah diri dan berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia