Harian Metro

TAK DEDAH KEHIDUPAN PERIBADI KETERLALUA­N

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Walaupun media sosial menjadi medium terbaik untuk golongan

artis berkongsi khabar terbaru mengenai kehidupan peribadi dan kerjaya seni mereka, tidak semua perkara perlu ‘dibogelkan’. Begitu juga dengan pelakon jelita Diana Danielle yang memilih untuk tidak terlalu mendedahka­n

kehidupan peribadi dan perjalanan seninya setiap hari.

Diana diminta mengulas selepas melihat trend kebanyakan selebriti generasi baru kini yang gemar memuat naik video atau gambar dengan kerap ketika

menjalani penggambar­an. Bukan itu saja, ada di antara mereka yang melakukan Instagram Live ketika sesi penggambar­an dijalankan bagi mempromosi­kan sesuatu cerita itu

hingga hilang nilai eksklusifn­ya. Bergelar isteri tidak menghalang pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera meneruskan karier seninya.

Ummi, 27, selamat bergelar isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 30, pada 23 Julai lalu menzahirka­n rasa syukur apabila suaminya bersikap terbuka dan memahami minatnya terhadap kerjaya lakonan.

“Suami tidak menghalang saya untuk terus berlakon. Namun begitu, sebagai isteri saya kenalah pilih watak yang sesuai.

“Apabila ada tawaran, saya akan merujuk suami dan berbincang adakah watak itu sesuai untuk diterima,” katanya.

Menurut Ummi, meskipun tidak menghalang minatnya, belahan jiwanya itu amat menitikber­atkan soal pakaian.

Baginya tiada masalah kerana itu adalah hak suami untuk memastikan aurat isteri terjaga.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia