Harian Metro

‘Facebook temukan kami’

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Perkenalan di Facebook enam tahun lalu menjadi detik permulaan perhubunga­n merpati dua sejoli ini. Ketika itu, masingmasi­ng masih bergelar penuntut. Nur Ain Mazlan, 26, di Melaka, sementara pasanganny­a Muhammad Azam Zulkifli, 27, di Perak.

Mula diperkenal­kan rakan, Nur Ain berkata, dia dan suami banyak berhubung menerusi Facebook Messenger sebelum Muhammad

Azam memberanik­an diri meminta dia berkongsi nombor telefon.

“Lama juga suami mengambil masa untuk bertindak. Selepas bertukar nombor, barulah kami mula rapat dan berjumpa apabila masing-masing cuti. Kebetulan, saya memang ramai saudara di Gombak dan mendapat tahu dia juga orang Gombak. Rumahnya pula berdekatan dengan rumah saudara saya.

“Hendak dijadikan cerita, timbul rasa senang apabila keluarga kami berdekatan. Masing-masing begitu teruja dengan hubungan yang baru dibina dan kami mula serius memikirkan masa depan,” katanya.

Menurut Nur Ain, sekalipun selesa berkawan dengan Muhammad Azam, mereka mengambil masa lebih lima tahun untuk benar-benar mengenal hati budi, kelemahan dan perkahwina­n kami serah kepada keluarga.

“Alhamdulil­lah, hubungan kami direstui keluarga dan pada Julai 2016, pihak lelaki datang untuk merisik. Segala yang dirancang berlaku dengan pantas. Majlis risik bertukar menjadi adat bertunang,” katanya tersenyum.

Ditanya mengenai tarikan Muhammad Azam, eksekutif di syarikat swasta ini mengakui lelaki pilihannya itu seorang anak yang baik dan mendengar kata ibu bapa.

“Dia juga penyayang dan cukup mengambil berat. Saya masih ingat apabila dia sanggup mengambil saya di Perak dan menghantar pulang ke Melaka kerana saya tidak dapat tiket bas ketika cuti semester.

“Katanya, mesti saya hendak sangat balik berjumpa keluarga. Terlalu banyak perkara yang dia lakukan menyentuh hati saya. Sifat timbang rasa dan perhatiann­ya membuatkan saya terbuka untuk menerima dirinya seadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Azam berkata, dia mula tertarik dengan perwatakan Nur Ain yang serba sederhana dan pandai memasak.

“Ia umpama cinta Rahman (TAR). Apa yang membuatkan saya lebih terharu apabila dia tidak meminta majlis perkahwina­n yang mewah dan meriah, sebaliknya menerima cadangan untuk keraian ringkas kerana memahami kedudukan kewangan saya ketika itu.

“Semua yang kami lalui sepanjang perkenalan membuatkan saya rasa

Nur Ain seorang wanita ‘edisi terhad’. Paling saya suka apabila dia memasak. Semuanya sedap,” katanya.

Pasangan bahagia ini kemudian diijabkabu­lkan di Masjid Nurul Ehsan Petaling Jaya dan bersanding di Dewan Muslimin Masjid Wilayah, pada 8 April lalu. Tidak memilih sebarang tema khusus, pasangan ini selesa dengan majlis ringkas dan sederhana.

Solekan dan busana tradisiona­l songket rona hijau zamrud dari Butik Zellon, sementara detik indah majlis dirakam juru gambar Saiful Hamdi Roslan dan Sharizan Abd Wahab daripada ShotDStyle Photograph­y.

“Harapan kami semoga ikatan yang dibina mendapat keberkatan di dunia dan akhirat, menjadi ibu bapa yang baik buat anak dan kekal sehingga hujung hayat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia