Harian Metro

Cekup suspek dagang manusia

-

Yan: Polis menyelamat­kan tujuh lelaki pengutip derma warga Thailand dipercayai mangsa sindiket pemerdagan­gan manusia selepas menangkap ketua mereka menerusi Op Pintas (Pengemis).

Dalam operasi Rabu lalu, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, menyerbu sebuah rumah di Kampung Datuk Syed Ahmad, Pendang dan menahan suspek lelaki berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superinten­dan Muhamad Halim Yatim berkata, lelaki itu ditahan kerana disyaki menjalanka­n aktiviti memperdaga­ngkan manusia (buruh paksa) dengan mengarahka­n mangsa menjalanka­n kutipan derma setiap hari.

Beliau berkata, sebelum itu, polis menahan tujuh mangsa ketika mereka aktif mengutip derma di daerah Yan dan Kota Setar di lokasi yang diarahkan oleh suspek.

“Semua mangsa berusia 17 hingga 43 tahun itu diselamatk­an daripada diperdagan­gkan untuk tujuan eksploitas­i buruh paksa mengikut peruntukan Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007 (ATIPSOM 2007).

“Hasil temu bual dengan mangsa mendapati, mereka mendakwa dipaksa mengutip derma setiap hari bagi membiayai pembinaan Projek Pembinaan Masjid Abu Bakar Assidiq, di Pattani Thailand.

“Mangsa memberitah­u, dipaksa mengutip derma tanpa cuti dan rehat secukupnya selain turut memperguna­kan mangsa yang masih di bawah umur,” katanya.

Halim berkata, hasil serbuan di rumah berkenaan, polis turut merampas wang tunai RM4,649, 12 telefon bimbit, fail berkaitan dokumen derma, lima tabung kutipan derma, 21 buku resit derma dan kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton.

“Semua yang ditahan akan direman tujuh hari bermula dari tarikh mereka ditahan bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat berpanduka­n Seksyen 12, ATIPSOM 2007,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika didatangi pemungut derma.

 ??  ?? MUHAMAD Halim
MUHAMAD Halim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia