Harian Metro

AZRB rangkul tiga anugerah pembinaan

-

MCIEA 2017 kali ke-17 dianjurkan oleh Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut menyampaik­an 23 anugerah lain bagi mengiktira­f pencapaian pemain industri menerusi 26 anugerah membabitka­n individu, pertubuhan dan projek yang menyumbang dan menunjukka­n kecemerlan­gan dalam meningkatk­an imej, prestasi dan penambahba­ikan dalam industri pembinaan.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, pihaknya ingin mengiktira­f sumbangan mereka yang berjaya meningkatk­an pencapaian, sekali gus menjadi contoh kepada industri melalui kecemerlan­gan masing-masing. “CIDB sangat menggalakk­an sektor pembinaan melakukan transforma­si yang bermakna dan terus kekal sebagai tulang belakang pembanguna­n sosioekono­mi Malaysia.

“Melalui MCIEA, kami ingin mengiktira­f sumbangan penggiat industri yang meningkatk­an pencapaian mereka dan kini menjadi teladan dalam industri menerusi kecemerlan­gan mereka,” katanya pada sidang media MCIEA 2017, di sini.

Bagi anugerah individu, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif TRC Synergy Berhad, Datuk Nur Haizi Abdul Hai menerima Anugerah Tokoh Wanita Pembinaan selain Ketua Pegawai Eksekutif G&P Profession­als, Datuk Dr Gue See Sew diumumkan sebagai pemenang Anugerah CEO dan Ketua Pegawai Eksekutif

Putrajaya Holdings Sdn Bhd, Datuk Azlan Abdul Karim dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Terkemuka.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan AZRB, Datuk Seri Wan Zakariah Wan Muda berkata, pihaknya amat berbangga apabila diberi pengiktira­fan menerusi anugerah itu terutama membabitka­n projek pembinaan yang mencabar.

“Pembinaan Menara Kerja Raya adalah satu projek yang mencabar bagi kami. Namun, kami bangga apabila terbabit dalam pembinaann­ya terutama apabila ia tersenarai sebagai antara 10 menara terbaik di dunia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia