Harian Metro

UBAH TAK IKUT PELAN Darah terus keluar dari badan mangsa kritikal

-

Pemilik tak rujuk bomba mahu buat pengubahsu­aian

Bukit Mertajam: Dua pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbabit kebakaran kelmarin masih kritikal.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, dua pelajar lelaki berusia belasan tahun itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ketika ini mereka belum sedarkan diri.

“Keadaan dua pelajar yang parah itu kritikal apabila seorang daripadany­a melecur teruk serta darah masih keluar dari badannya manakala seorang lagi cedera dalaman termasuk patah tulang rusuk dan ia tercucuk paru-paru mangsa.

Pasukan perubatan sedaya upaya memberi rawatan terbaik kepada mereka,”katanya selepas merasmikan Program Perarakan Hari Malaysia Peringkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh di sini, semalam.

Enam pelajar lain dan seorang awam turut cedera dalam kebakaran itu.

Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata, empat pelajar dan seorang awam yang cedera dalam kejadian itu dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HKL.

“Mereka mengalami pelbagai kecederaan antaranya patah tangan, patah kaki, patah pinggang, patah tulang rusuk, patah punggung dan dalam lawatan saya semalam di hospital mendapati mereka stabil.

Mereka tercedera selepas terjun dari bangunan pusat tahfiz berkenaan kerana mahu menyelamat­kan diri. Cuma seorang sahaja yang tidak cedera kerana dia menyelamat­kan diri dengan menggelong­sor menerusi batang paip,” katanya. -BERNAMA laluan keluar jika berlaku kebakaran, bahan yang sesuai untuk pembinaan, alat pemadam kebakaran dan ruang dalam bangunan.

Menjawab soalan wartawan berhubung punca kejadian, Wan Mohd berkata, pihaknya meneliti semua faktor termasuk khianat, sabotaj, litar pintas ataupun ada kegiatan memasak ketika kejadian.

“Kami perlu masa untuk tentukan punca, tidak boleh sesuka hati cakap ataupun buat spekulasi. Berikan ruang untuk kami siasat, baru boleh umumkan kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA Unit Forensik PDRM menyiasat di tempat kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Keramat, semalam.
ANGGOTA Unit Forensik PDRM menyiasat di tempat kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Keramat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia