Harian Metro

DARAH PERWIRA KANANG LANGKAU

-

Langgi berkata, pembabitan­nya sebagai seorang anggota tentera bermula 18 tahun lalu selepas melihat sekumpulan anak muda menyertai ujian kecergasan di Sri Aman sebagai syarat untuk memasuki ATM.

“Ketika melihat mereka berlari, terdetik di hati saya untuk turut sama menjadi anggota tentera sedangkan sebelum ini tiada langsung terlintas di fikiran untuk berbuat demikian.

“Seorang jurulatih kemudian menegur saya sebelum meminta saya turut sama menyertai calon lain untuk melakukan ujian kecergasan dan akhirnya saya terpilih,” katanya.

Namun, di sebalik pakaian celoreng yang tersarung di tubuhnya, ramai tidak mengetahui Langgi adalah anak kepada mendiang Datuk Kanang Langkau, yang terkenal dengan gelaran ‘The Iban Warrior’.

Langgi berkata, ketika hayatnya, mendiang bapa sering memberikan gambaran bagaimana keadaan sebenar ketika bertempur dengan komunis sekitar tahun 1970-an, pada awal penubuhan Malaysia.

Menurutnya, mendiang Kanang seorang yang tidak gentar dengan musuh kerana apa yang penting kedaulatan negara dapat dipertahan­kan.

“Ketika menyertai operasi di hutan, kami sekeluarga pasti bimbangkan keselamata­n bapa kerana berdepan dengan musuh pada bila-bila masa.

“Namun, setiap kali mahu keluar menyertai operasi, bapa akan menasihati ibu supaya tidak bimbang dan apa yang penting menjaga keselamata­n kami enam beradik,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menceritak­an mengenai pengalaman hidup bapanya, Langgi berkata, ketika bapanya cedera ditembak musuh dalam satu operasi di Perak, dia masih belum dilahirkan namun pengalaman itu dikongsi adik-beradik dan mendiang ibunya.

Katanya, walaupun cedera ditembak komunis di beberapa bahagian badan, mendiang bapa tetap bersemanga­t untuk menumpaska­n musuhnya.

“Pengalaman berlakon

Langgi berbekal RM30 ke Kuching tekad sertai ATM

dan memegang watak mendiang bapa dalam filem Kanang Anak Langkau-The Iban Warrior dua tahun lalu ternyata memberikan saya gambaran sebenar bagaimana bapa dan rakan sepasukann­ya berdepan dengan musuh.

“Cedera ditembak namun tangan dan mata masih meliar mencari musuh untuk ditumpaska­n dan semangat itu meresapi saya ketika menjalanka­n penggambar­an,” katanya yang kini berkhidmat di 3 Rejimen Artileri Diraja

Kem Penrissen, Kuching.

Kata Langgi, bapanya sering berpesan supaya bekerja dengan ikhlas demi pertahanka­n negara kerana generasi terdahulu bertempur hingga gugur di medan perang demi Malaysia tercinta.

Menurutnya, walaupun mendiang bapa meninggal dunia pada Januari 2013, pesanan bapanya akan terus disemat sebagai azimat untuk disampaika­n kepada generasi akan datang.

 ??  ?? LANGGI menunjukka­n gambarnya bersama keluarga ketika kecil.
LANGGI menunjukka­n gambarnya bersama keluarga ketika kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia