Harian Metro

NOSTALGIA PIRING HITAM

Lelaki pamer lebih 5,000 koleksi genre muzik, filem di galeri

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Penemuan barangan lama milik arwah bapanya menjadi titik permulaan kepada minat seorang lelaki, Mushtari Muhammad, 42, untuk mengumpul koleksi piring hitam klasik.

Bagi Mushtari, penemuan 70 piring hitam berusia tidak kurang 40 tahun mencetuska­n minatnya yang kini mengumpul lebih 5,000 piring hitam terdiri daripada pelbagai genre muzik dan filem.

“Segalanya bermula apabila saya mengemas rumah sebagai persediaan menghadapi banjir pada November 2010.

“Ketika sedang mengemas barangan, saya terjumpa 70 piring hitam arwah ayah yang kebanyakan­nya terdiri daripada muzik genre tradisiona­l seperti keroncong, orkestra dan simfoni,” kata bapa kepada seorang anak berusia 13 tahun itu.

Menurutnya, sejak itu dia mula mencari koleksi piring hitam tanpa mengira apa genre lagu sama ada ia klasik atau moden.

“Kebanyakan koleksi yang disimpan terdiri daripada kumpulan muzik baik dalam negara dan luar negara, malah saya turut menyimpan koleksi kaset dan cakera padat.

“Jika mahu dikira nilai yang terdapat dalam galeri ini, memang saya sanggup berbelanja besar dan ada antara yang dibeli bernilai ratusan ringgit,” katanya.

Menurut Mushtari, dia tidak memilih artis mahupun kumpulan muzik khas untuk dipamerkan di dalam galeri piring hitamnya.

Katanya, selagi mana ia dikeluarka­n di dalam versi piring hitam, Mushtari pasti mencari dan membeli untuk dipamerkan di galerinya.

“Saya tidak memilih dalam membeli piring hitam, selagi mana artis atau kumpulan muzik berkenaan mempunyai rakaman lagu yang dimuat naik ke dalam piring hitam saya pasti mencarinya.

“Sebab itu jika dilihat dalam galeri ini, saya ada pelbagai koleksi artis dahulu baik dari dalam negara dan luar negara.

“Setakat ini artis luar paling jauh saya pernah membeli koleksi piring hitam ialah di Russia dan Timur Tengah dengan memperoleh­nya melalui pembelian secara dalam talian,” katanya.

Katanya, bukan semua koleksinya kini dapat dipamerkan kerana ruangan yang begitu terhad dan dia merancang untuk memperbesa­rkan lagi galeri berkenaan.

“Setakat ini galeri saya dihadkan kemasukann­ya kepada pengunjung kerana sekiranya mereka ingin melawat mereka perlu membuat temu janji dahulu.

“Ini juga bagi memudahkan ketika pengunjung datang, saya boleh memberi penerangan dengan jelas dan secara tidak langsung pengunjung tahu bahawa menyimpan piring hitam tidak seperti menyimpan koleksi yang lainnya.

“Saya perlu menutup pintu sentiasa supaya galeri ini tidak mengumpulk­an haba yang berlebihan kerana ia boleh merosakkan permukaan piring hitam, malah boleh merosakkan kualiti kulit album,” katanya.

Semua koleksi piring hitam miliknya disimpan di sebuah galeri khas di Taman Sena Indah di sini dan ia dikunjungi pelbagai bangsa baik dalam dan luar negara.

“Pengunjung yang datang dari seluruh negara memang ramai, malah mereka pernah menghantar surat rasmi hanya untuk mengadakan lawatan di galeri ini.

“Paling jauh dari Amerika Syarikat dan Mexico yang mengetahui kewujudan galeri ini di media sosial,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia