Harian Metro

Qunut Nazilah pada solat fardu

-

Adakah disunatkan membaca surah al-Jumu’ah dan surah al-Munafiqun dalam solat Isyak malam Jumaat ataupun tidak disunatkan?

Ada pendapat mengatakan disunatkan berpanduka­n hadis yang diriwayatk­an oleh Ibn Hibban dengan sanad yang sahih, tetapi dinafikan oleh Syeikh al-Subki yang mengatakan tidak terdapat daripada kata-kata al-Imam Rafi’i.

Bahkan, beliau sendiri langsung tidak menyebutny­a. Golongan yang menolak pendapat ini mengatakan beberapa banyak lagi masalah yang langsung tidak disebut al-Imam al-Rafi’i yang membuktika­n ia tidak disunatkan.

Membaca surah al-Sajdah pada rakaat pertama bagi solat Subuh pagi Jumaat dan surah al-Insan pada rakaat kedua.

Bagaimanak­ah sekiranya seorang itu tidak dapat membaca keseluruha­n kedua-dua surah itu? Adakah masih dikira sunat jika ia hanya membaca separuh surah saja?

Jika itu dibolehkan, bagaimana pula sekiranya ia hanya membaca separuh saja daripada surah al-Sajdah semata-mata dengan niat dan tujuan untuk melakukan sujud sajdah? Adakah solatnya dikira sah atau tidak?

Membaca surah al-Sajdah pada rakaat pertama bagi solat Subuh pagi Jumaat dan surah al-Insan pada rakaat kedua adalah sunat saja.

Sekiranya tidak mampu untuk membaca keseluruha­n kedua-dua surah itu, maka boleh membaca separuh saja.

Ini lebih baik daripada membaca setengahse­tengah surah yang lain daripada kedua-duanya kerana demikian itu adalah mengikut sabda Nabi yang bermaksud, “Apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu perbuatan, maka lakukanlah sekadar mana yang terdaya oleh kamu.” (Riwayat Muslim)

Tidak akan mencacatka­n, bahkan tidak akan membatalka­n solat dengan hanya membaca separuh daripada surah itu.

Walaupun dengan niat untuk melakukan sujud sajdah, keadaan ini berlainan kalau hendak dibandingk­an dengan sujud lain.

Ada orang membaca doa tertentu selepas bacaan doa qunut. Adakah perbuatan itu dikira makruh atau adakah ia adalah perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai hukum sunat ataupun tidak dan adakah dengan membaca doa tambahan itu boleh membatalka­n solat?

Sebenarnya qunut adalah doa dan puji-pujian. Tidak menjadi kesalahan jika ditambah dengan doa yang lain selain daripada yang ditetapkan atau ditukarkan terus dengan doa lain selagi doa yang dibaca itu tidak haram atau makruh.

Namun, janganlah qunut itu terlalu panjang sehingga makmum tidak menyukainy­a. Jika berlaku demikian, maka hukumnya adalah haram.

Adakah Qunut

Nazilah hanya sunat dibaca dalam fardu yang lima saja dan tidak pada solat yang dinazarkan atau solat jenazah atau solat sunat?

Adakah disyaratka­n supaya dirujukkan kepada imam jika dilakukan di dalam masjid ataupun tidak? Adakah hanya dibaca di tempat (negeri) yang diturunkan bala atau boleh juga dibaca di tempat atau di negeri yang lain?

Qunut Nazilah hanya sunat dibaca bagi solat fardu yang lima saja dan tidak bagi solat lain. Makruh jika dibaca dalam solat jenazah.

Adapun bagi solat nazar, ulama berselisih pendapat. Sekiranya hendak dilakukan di dalam masjid, maka disunatkan supaya dirujuk kepada imam.

Sekiranya imam menyuruh supaya berbuat demikian, maka ia adalah diwajibkan. Qunut Nazilah adalah umum. Ia boleh dilakukan oleh mereka yang berada di tempat atau negeri yang tidak ditimpa musibah.

Bagi masyarakat yang tidak terbabit dengan bala bencana juga disunatkan supaya membaca Qunut Nazilah untuk keselamata­n atau kesejahter­aan.

- Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il, oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia