Harian Metro

‘INI YANG TERBAIK’

- Mohamed Sahidi Yusof am@hmetro.com.my

Lelaki tak mampu bayar sewa tinggal di bangsal tapak pelupusan sejak 10 tahun lalu

“Hanya ini sajalah kediaman terbaik buat kami pada masa ini,” kata Zaidi Saat, 56, yang tinggal di bangsal tapak pelupusan sampah di Jalan Tanah Merah-Jeli di sini, sejak 10 tahun lalu.

Dia menghuni kawasan itu bersama isterinya Kamariah Hussien, 54, memandangk­an mereka hanya mencari rezeki dengan mengutip barang buangan di tapak pelupusan berkenaan.

Barang diperoleh kemudian dijual di tempat kitar semula atau pengumpul besi dengan pendapatan diperoleh tidak seberapa.

Kata Zaidi, dia membina bangsal itu menggunaka­n sisa kayu dan papan terbuang yang terdapat di kawasan sekitar.

“Saya tidak mampu menyewa rumah di luar yang pastinya perlu membayar pada harga lebih tinggi, sedangkan pendapatan hasil jualan ini tidak banyak mana.

“Adakalanya tidak cukup pun untuk menampung kehidupan kami.

“Walaupun tinggal di sini tidak selesa, tiada bekalan elektrik dan tiada sumber air bersih manakala persekitar­an pula kotor, tetapi inilah kediaman terbaik kami pada masa ini,” katanya, semalam.

Zaidi berkata, sebelum ini mereka tinggal di Dabong, Kuala Krai dan dia bekerja sebagai penoreh getah serta mencari sumber dari hutan bagi menampung perbelanja­an seharian

Bagaimanap­un katanya, akibat kesempitan hidup, dia membuat keputusan meninggalk­an kampung itu untuk mencari pekerjaan lain kira-kira 10 tahun lalu.

“Akhirnya kawasan pembuangan sampah ini menjadi tempat terkini kami mencari rezeki.

“Kami akan terus tinggal di sini selama mana yang mampu selagi tiada pihak yang melarang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia