Harian Metro

SIASAT RAKAN

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain @hmetro.om.my

 Polis tahan 4 lelaki bantu kes bunuh pelajar

Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar, D Yugendran, 17, yang mayatnya ditemui terapung dalam Sungai RTP Lembah Klau, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, empat lelaki yang berusia 17 hingga 22 tahun itu ditahan sekitar daerah ini.

“Seorang daripada suspek adalah rakan mangsa manakala tiga lagi rakan kepada suspek dan mereka didapati mempunyai kaitan dalam kes ini.

“Sementara itu, tempoh reman suspek utama yang berakhir kelmarin disambung lagi sehingga 21 September ini,” katanya, di sini, semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, mayat Yugendran ditemui selepas suspek utama yang berusia 21 tahun menunjukka­n lokasi dia memukul mangsa sebelum mayatnya ditolak ke dalam sungai.

Mangsa dilaporkan hilang pada tengah malam 8 September lalu selepas menghantar rakannya pulang ke rumah namun tidak pulang selepas itu.

Keluarga mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya sebelum seorang suspek ditahan pada 11 September lalu dan hasil soal siasat suspek mengaku memukul mangsa menggunaka­n kayu sehingga pengsan sebelum menolaknya ke dalam sungai.

Siasatan polis mendapati motif kejadian adalah disebabkan dendam kerana mangsa dikatakan sering memukul suspek sebelum ini.

“Kita masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia