Harian Metro

SALAH KITA JUGA!

-

Batu Pahat

Sedar atau tidak, kita menyumbang kepada pencemaran air walaupun sekadar mencuci pinggan yang terdapat sisa makanan minyak yang dibuang terus ke dalam singki di rumah kita setiap hari.

Sisa kotoran itu melalui longkang sebelum ke parit dan seterusnya ke sungai sebelum ke empangan dan kita pula sedia maklum empangan menjadi punca bekalan air untuk kehidupan sehari-hari.

Begitu juga dengan aktviti membasuh pakaian dan bengkel motosikal, ke mana sisa air dan minyak dibuang jika tidak proses yang sama berulang dan bayangkan perkara ini sudah lama berlaku tanpa terdetik perasaan bersalah.

Timbalan Dekan (Penyelidik­an, Pembanguna­n dan Penerbitan) Fakulti Kejurutera­an Sivil dan Alam Sekitar (FKSAS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Norzila Othman berkata, punca pencemaran air boleh dikelaskan kepada dua iaitu dan

Beliau berkata, melalui faktor pertama, boleh ditafsirka­n pencemaran itu dapat dilihat dan mempunyai sistem perparitan tersusun khususnya di kawasan perbandara­n dan perindustr­ian.

“Aktiviti yang boleh dilihat daripada faktor pertama ini adalah kilang, kawasan perbandara­n iaitu kedai makan, pasar raya mini, pusat dobi, bengkel kereta dan motosikal, kedai membaiki alatan elektronik, medan selera, ladang ternakan termasuk pusat akuakultur,” katanya.

Katanya, bagi faktor kedua, ia boleh dikelaskan sebagai tidak mempunyai sistem perparitan sistematik dan terdapat banyak di kawasan luar bandar, kebun selain ladang seperti kelapa sawit, kawasan pembinaan dan pusat cuci kenderaan serta pakaian.

“Faktor kedua boleh ditafsirka­n seperti saluran sisa buangan itu akan berakhir di satu tempat seperti di rumah dan ia meresap ke dalam tanah seperti saluran sinki di kampung.

“Lazimnya air yang terhasil boleh dijelaskan kepada air sisa kelabu dan ia biasa dilihat di kawasan luar bandar.

“Situasi ini menyebabka­n air larian permukaan ke dalam punca air seperti sungai dan sumber air berdekatan berkenaan,” katanya.

Norzila berkata, aktiviti daripada punca pencemaran air itu akan m kesan ketara yang dikelaskan kepa perubahan fizikal, warna dan kim sumber air.

Beliau berkata, lazimya setiap ka pencemaran berlaku terhadap sum akan mengalami perubahan fizika warna yang akan menjadi kelabu k seterusnya terhadap baunya yang busuk dan tidak menyenangk­an.

“Perubahan fizikal termasuk wa bau ini terhadap sumber air sepert

Aktiviti harian termasuk cuci pinggan penyumbang pencemaran bekalan air

 ?? Dr Norzila Othman ?? AIR yang dirawat di sebuah loji rawatan air.
Banyak rumpai air hijau bermaksud sumber air sudah terjejas
Dr Norzila Othman AIR yang dirawat di sebuah loji rawatan air. Banyak rumpai air hijau bermaksud sumber air sudah terjejas
 ??  ?? SISA kotor yang dilepas dari bilik mandi
TANGKI utama
SERAMIK PAM untuk m air ke sistem
SISA kotor yang dilepas dari bilik mandi TANGKI utama SERAMIK PAM untuk m air ke sistem
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia