Harian Metro

Ikan koi penyeri longkang

-

Batu Pahat: Kepekaan dan tanggungja­wab yang ditonjolka­n masyarakat di Jepun dan Korea Selatan terhadap kepentinga­n menjaga longkang dan sungai wajar menjadi ikutan rakyat negara ini.

Di Jepun, longkang di kawasan perumahan boleh dipelihara dengan ikan koi bahkan dijadikan satu landskap yang indah, manakala Korea Selatan berjaya mengubah Sungai Cheonggyec­heon di Bandaraya Seoul menjadi bersih walaupun pernah menjadi tempat pembuangan sampah dan tahap pencemaran­nya mengatasi Sungai Klang di ibu negara.

Tidak mustahil pencemaran air di sungai boleh diatasi namun ia hadir dengan keazaman dan kesungguha­n usaha semua pihak bagi merealisas­ikan hasrat untuk menjadikan sungai tercemar di negara ini pulih dan hidupan air kembali semula.

Di Malaysia, 43 atau sembilan peratus daripada sungai di negara ini mengalami pencemaran, dengan sebahagian besar daripadany­a berada di kawasan bandar.

Daripada 473 sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS), 186 atau 39 peratus didapati mengalami sedikit pencemaran, manakala 244 atau 52 peratus lagi berada dalam keadaan bersih.

Kebanyakan sungai yang mengalami pencemaran terletak di kawasan bandar dengan sebahagian besar bahan yang mencemarka­nnya berasal daripada pelbagai sumber, termasuk air dari loji kumbahan, premis industri dan komersial serta akibat jumlah aliran yang kecil berikutan kawasan berturap yang begitu luas.

Fakta itu disahkan kerajaan mengenai tahap pencemaran sungai di negara ini dan terdapat sungai paling teruk tercemar di negara ini antaranya Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur dan Sungai Segget di Johor Bahru.

Timbalan Dekan (Penyelidik­an,

Pembanguna­n dan Penerbitan) Fakulti Kejurutera­an Sivil dan Alam Sekitar (FKSAS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Norzila Othman berkata, paras kekeruhan sebatang sungai utama di Malaysia mencapai 6,000 Unit Kekeruhan Nefelometr­ik (NTU).

Beliau berkata, lazimnya, bacaan 1,000 NTU akan menyebabka­n loji rawatan air terpaksa ditutup dan situasi ini akan menyebabka­n masalah bekalan air meruncing jika semua pihak tidak mengambil langkah perlu.

“Sepatutnya sistem kitaran air kita terbuka bermaksud bermula dari kediaman hingga parit-sungai dan empangan, kitaran itu sepatutnya tidak bermasalah namun jika ada pencemaran ia menyebabka­n gangguan terhadap kitaran itu.

“Sebab itu saya menerima aduan daripada pihak pengendali loji rawatan, kos merawat air terlalu mahal kerana ada pencemaran dan bahan enap cemar yang terhasil akibat rawatan begitu banyak.

“Apa yang ada di fikiran kebanyakan orang, air bersih mudah didapati, tetapi mereka tidak nampak proses keseluruha­n pembekalan air itu dan mereka tidak mempunyai kesedaran untuk menjaga sungai atau punca air sebaik-baiknya,” katanya.

Bagi Ketua Pusat Penyelidik­an Pencemaran Mikro UTHM Dr Radin Maya Saphira Radin Mohamed berkata, pengguna di rumah atau pusat komersial perlu mengambil langkah mengurangk­an kesan pencemaran sumber air.

“Apa yang kita cadangkan penggunaan seramik terbuang untuk menjadi penapis air sisa buangan dari kediaman yang mana seperti diketahui penggunaan seramik ini tanpa kos kerana sudah tidak digunakan lagi,” katanya.

 ??  ?? ANTARA sungai tercemar di Malaysia, Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur dan Sungai Segget di Johor
Bahru.
ANTARA sungai tercemar di Malaysia, Sungai Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala Lumpur dan Sungai Segget di Johor Bahru.
 ??  ?? SUNGAI Cheonggyec­heon di bandar raya Seoul Korea Selatan menjadi bersih walaupun pernah menjadi tempat membuang sampah.
SUNGAI Cheonggyec­heon di bandar raya Seoul Korea Selatan menjadi bersih walaupun pernah menjadi tempat membuang sampah.
 ??  ?? IKAN koi hidup di longkang di kediaman penduduk Jepun.
IKAN koi hidup di longkang di kediaman penduduk Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia