Harian Metro

‘TERSEDAK’ KETUM Curah air elak ditangkap polis

-

Seorang lelaki berusia 20 tahun bertindak nekad mencurahka­n air ketum di dalam kereta dinaikinya bagi mengelakka­n ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Bunut Payong, awal pagi semalam.

Dalam kejadian 1 pagi semalam, lelaki terbabit bersama teman wanita pada mulanya ditahan dalam satu sekatan jalan raya kerana menaiki kereta Perodua Kancil tanpa nombor pendaftara­n.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, hasil pemeriksaa­n lanjut dilakukan terhadap kereta terbabit pihak polis menemui air bertakung di bahagian bawah sebelah pemandu.

“Pihak polis juga turut menemui beberapa botol berkapasit­i 1.5 liter dan 500 mililiter yang dipercayai untuk menyimpan air ketum.

“Lelaki terbabit bagaimanap­un tidak mengaku melakukan perbuatan itu dan dia bersama teman

Polis tahan empat lelaki turut temui ubat batuk

wanitanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, dalam kes berasingan, Ops Gempur diketuai Ketua Balai Polis Kota Bharu, Asisten Superinten­dan Hasbullah Noor bersama 69 anggota turut menahan seorang lelaki lingkungan 30-an kerana memiliki kereta klon.

“Lelaki terbabit mendakwa memperoleh kereta itu pada harga RM4,000 dan hanya digunakan untuk mengangkut kain untuk dijual di pasar Wakaf

Che Yeh.

“Dia ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Wakaf Che Yeh sebelum dibawa ke balai untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, dalam Ops Gempur sempena sambutan Hari Malaysia, bermula 10 malam hingga 4.30 pagi semalam, pihaknya berjaya menahan lapan lelaki dan seorang wanita.

“Lima daripada mereka positif methampeth­amine, dua membabitka­n kes jenayah iaitu memiliki senjata berjadual (kerambit) dan gagal memberi keterangan kereta disyaki klon, manakala lelaki dan perempuan terbabit ditahan disyaki memiliki dadah (air ketum),” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AZHAM Shah (dua dari kiri) menunjukka­n rampasan daun dan air ketum.
AZHAM Shah (dua dari kiri) menunjukka­n rampasan daun dan air ketum.
 ??  ?? ISMAIL (tengah) menyoal seorang pemandu yang
diperiksa.
ISMAIL (tengah) menyoal seorang pemandu yang diperiksa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia