Harian Metro

Penyamun mabuk cabul nenek

-

Dua penjenayah melarikan duit syiling berjumlah RM20 selepas merompak seorang wanita warga emas sebelum mencabulny­a di sebuah rumah di Jalan Temiang, di sini, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 8 malam, mangsa berusia 78 tahun berseorang­an di rumah manakala dua rakan keluar ke kedai membeli barang.

Katanya, mangsa tidur dalam bilik terkejut apabila didatangi dua penjenayah berkepala botak dan berbadan kurus.

“Pada mulanya mangsa sangka rakannya pulang ke rumah sebelum ditampar di pipi berulang kali. Mangsa dipukul menggunaka­n kayu dan pemutar skru menyebabka­n dia kesakitan,” katanya.

Menurutnya, mangsa diminta tidak membuat bising dan penjenayah mengambil syiling dalam tabung berjumlah RM20 selain turut melarikan wayar tembaga bernilai RM90.

“Sewaktu mahu meninggalk­an lokasi, seorang daripada dua lelaki itu memegang payudara mangsa dan mengugut mahu melakukan seks oral. Penjenayah berbuat demikian berikutan dalam keadaan mabuk,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang lebam di pipi membuat laporan di Balai Polis Jalan Campbell, di sini, kelmarin.

Katanya, warga emas terbabit memiliki empat anak menetap di luar kawasan namun memilih menetap di daerah ini kerana lebih selesa.

Mangsa menyewa di rumah berkenaan bersama dua rakannya sejak tujuh tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh mengesahka­n menerima laporan berkaitan kejadian terbabit.

Katanya, pihaknya kini giat memburu kedua-dua suspek mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia