Harian Metro

Teliti bukti sebelum bertindak

-

Polis menjalanka­n siasatan dan meneliti bahan bukti ditemui dalam serbuan di dua rumah berasingan di Klang, Selangor, Selasa lalu berhubung kes memperdaga­ngkan manusia.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Bersindike­t) Bukit Aman, Deputi Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, siasatan dijalankan kerana tiga suspek masih dalam tempoh reman selama 14 hari dari tarikh tangkapan.

Menurutnya, seorang dibebaskan dengan jaminan polis kerana masalah kesihatan.

“Polis ambil keterangan lapan mangsa buruh paksa warga Kemboja termasuk keterangan keempat-empat suspek termasuk dalang utama.

“Polis turut meneliti setiap dokumen dirampas termasuk pasport yang ditemui sebelum tindakan diambil,” katanya yang enggan mengulas perkembang­an kes kerana khuatir mengganggu siasatan.

Selasa lalu, lapan warga Kemboja membabitka­n enam lelaki dan dua wanita melarikan diri ke Kedutaan Kemboja di Jalan Uthant di sini, sebelum diselamatk­an Bahagian D7C, Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM)

Bukit Aman.

Susulan itu, polis menahan empat lelaki Kemboja berusia 25 hingga 48 tahun, termasuk dalang utama bertaraf penduduk tetap dalam serbuan berasingan di Klang.

Menurutnya, polis menemui lebih 100 pasport membabitka­n pasport Myanmar, Indonesia dan Kemboja, dokumen berkaitan dan sejumlah wang dalam serbuan pertama di rumah milik dalang utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia