Harian Metro

Pulangan pelaburan luar

-

Kuala Lumpur: Amalan dasar luar yang terbuka terhadap negara lain memberi peluang pelaburan dan perdaganga­n untuk memangkin ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Malaysia banyak mengaut keuntungan daripada pelaburan dan perdaganga­n dengan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) yang bernilai puluhan bilion ringgit.

Justeru, kata Najib, adalah wajar bagi Malaysia meneruskan pelaburan dalam sumber yang boleh membawa pulangan.

“Namun, pembangkan­g mempertika­i tujuan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) melabur di Amerika Syarikat.

“Hakikatnya, KWSP memang sentiasa mencari peluang pelaburan bagi mendapatka­n pulangan untuk membayar dividen kepada para pencarum,” katanya dalam artikel Ucapan Perdana Menteri Mengenai Dasar Luar Negara Yang Terbuka yang dimuat naik di laman www.najibrazak.com.my semalam.

Dalam pertemuann­ya dengan Presiden AS Donald J. Trump di Washington DC pada Rabu, Perdana Menteri berkata KWSP dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatk­an pelaburan di sana dan memberi lebih banyak pesawat Boeing bagi meningkatk­an ekonomi negara itu.

KWSP dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion (AS$1=RM4.19) di AS.

Najib berkata KWSP sudah beberapa tahun melabur dalam pasaran saham AS dan Eropah bagi meningkatk­an kadar pulangan dividen untuk para pencarum, malah pertemuann­ya dengan Trump adalah untuk menambah peluang pelaburan bagi syarikat itu. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia