Harian Metro

11 PELAJAR DIJANGKITI

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Satu kluster penyakit mumps atau beguk dikesan di Sekolah Kebangsaan 11(2) Presint 11, di sini, pada 25 Julai lalu membabitka­n 11 pelajar.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua mangsa berada dalam keadaan stabil serta mendapat rawatan pesakit luar.

Beliau berkata, pihaknya menerima mesej tular mengenai banyak kejadian kes beguk di sekolah sekitar Putrajaya.

“Orang ramai dinasihatk­an agar tidak mempercaya­i maklumat tular yang tidak disahkan kementeria­n.

“Kami hanya kesan satu kluster saja membabitka­n 11 pelajar daripada keseluruha­n 1,401 pelajar dan kakitangan di sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, penyakit beguk disebabkan jangkitan virus Paramyxovi­rus di mana pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak kelenjar parotid (kelenjar air liur).

Dr Noor Hisham berkata, jangkitan mumps biasanya adalah ringan dan boleh sembuh sepenuhnya tanpa komplikasi namun adalah mustahak untuk sentiasa memastikan kebersihan diri dan persekitar­an serta mengamalka­n etika batuk yang betul bagi mengelakka­n penularan penyakit ini.

“Ia boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur serta melalui sentuhan objek tercemar. Malah, pesakit biasanya akan sembuh sepenuhnya selepas dua hingga tiga minggu.

“Komplikasi jangkitan pada kelenjar testis, telinga, otak, kelenjar ovari dan buah dada sangat jarang berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia