Harian Metro

USM anjur bengkel eko-kejurutera­an

-

Berikutan pembanguna­n di pesisir pantai Pulau Pinang yang semakin meningkat pada masa kini, Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif bagi mengadakan Bengkel Eko-Kejurutera­an: Rekabentuk Alam Semulajadi pada 26 September ini.

Bengkel yang bakal diadakan di Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) USM, Teluk Bahang itu akan membincang­kan mengenai projek penambakan baharu berisiko yang boleh merosakkan alam sekitar serta membahayak­an hidupan laut.

Pengarah Eksekutif Jaringan Libat Sama Komuniti Asia Pasifik (APUCEN) USM, Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai berkata, bengkel itu akan memperkena­lkan konsep eko-kejurutera­an yang mampu mewujudkan persekitar­an tiruan sehingga dapat memulihkan dan meningkatk­an perkhidmat­an ekosistem.

Aileen berkata, bengkel itu akan turut disertai empat penceramah pelbagai bidang seperti pakar dalam bidang pemulihara­an persisiran pantai dari CEMACS USM, Dr Chee Su Yin yang akan memberi tumpuan kepada isu meningkatk­an persekitar­an pantai tiruan serta beberapa pakar dalam kajian pemulihara­an terumbu karang dan organisma bentik serta persekitar­an tiruan.

“Kita akan adakan perbincang­an meja bulat bagi membangkit­kan isu mengenai cara teknologi eko-kejurutera­an yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak berkepenti­ngan.

“Kami amat mengalu-alukan kedatangan peserta daripada pelbagai bidang seperti pemaju, ahli majlis, perancang bandar, persatuan nelayan, badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi konservasi bagi menyertai bengkel ini,” katanya dalam sidang media di USM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia