Harian Metro

AYAT PUTUS CINTA

-

Lelaki curi tong gas jual murah di pasar malam

Seorang lelaki sempat mengarang sebaris ayat putus cinta pada dinding bilik sewa yang cuba diceroboh sebelum dia dan rakannya ditahan pasukan polis dan ahli Jawatankua­sa

Penduduk (JKP)

Pujut di Saberkas, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, kedua-dua lelaki itu ditahan selepas cuba memecah masuk bilik sewa berkenaan selain dipercayai mencuri tong gas dan kipas dinding berhampira­n kawasan itu. Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 30-an itu pada mulanya dikatakan cuba menjual tong gas berkenaan kepada peniaga pasar malam berhampira­n kawasan itu. Sumber itu berkata, orang awam menghubung­i polis berikutan curiga dengan perbuatan dua lelaki terbabit yang menjual tong gas pada harga murah daripada pasaran.

“Pasukan polis dibantu JKP Pujut bergegas ke lokasi dan menahan kedua-dua lelaki terbabit.

“Hasil siasatan mendapati, dua lelaki terbabit ialah suspek sama dipercayai cuba menceroboh bilik sewa di kawasan itu dengan memecahkan mangga pintu selepas seorang daripada penyewa mengecam mereka.

“Bagaimanap­un, tindakan mereka gagal namun seorang daripada suspek menulis ayat putus cinta di dinding bilik sewa berkenaan sebelum mereka melarikan diri,” katanya.

Bagaimanap­un, setakat ini polis masih menjalanka­n siasatan bagaimana mereka memperoleh tong gas dan kipas dinding berkenaan.

“Kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan,” katanya

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n tangkapan itu dan berkata siasatan lanjut giat dijalankan.

 ??  ??
 ??  ?? LELAKI ceroboh bilik sewa ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri, semalam.
LELAKI ceroboh bilik sewa ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri, semalam.
 ??  ?? AYAT putus cinta ditulis lelaki terbabit.
AYAT putus cinta ditulis lelaki terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia