Harian Metro

HANGUS SEMUANYA

-

“Mujur anak lelaki saya menyedari kejadian dan sempat menyelamat­kan cucu perempuan saya,” Kata Penyelia Jabatan Kemas Daerah Tuaran Baklin Polo, 59, di Kampung Serusop, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi, rumah dihuni 14 ahli keluarga itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran menyebabka­n mereka kini tinggal sehelai sepinggang.

Baklin berkata, tahun ini adalah tahun terakhir perkhidmat­annya sebelum bersara dan buat masa ini, mereka menetap sementara di rumah salah seorang anaknya kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

“Semua orang keluar bekerja ketika itu dan hanya anak lelaki saya (Fariz Baklin, 32) menjaga anak buahnya berusia empat tahun.

“Anak saya yang menyedari api di di tingkat bawa rumah itu, bergegas mendukung cucu sebelum menyelamat­kan diri keluar rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, cucu itu kemudian diserahkan kepada jiran sebelum anaknya kembali ke dalam rumah untuk memadam api tetapi gagal berikutan api cepat marak.

“Saya menganggar­kan kerugian RM200,000 termasuk perabot rumah, barang kemas dan wang tunai.

“Dokumen penting turut musnah, saya bersyukur anak dan cucu terselamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran Qawie

14 keluarga tinggal sehelai sepinggang

selepas rumah musnah dijilat api

Gapar berkata, sebaik menerima panggilan jam 8.57 pagi, sebuah jentera dan utiliti bersama 11 anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba 17 minit kemudian, didapati rumah jenis separuh kekal musnah 100 peratus lalu segera bertindak memadam api kebakaran bagi mengelak ia merebak.

“Hasil pemeriksaa­n, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Qawie berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi terkawal pada jam 9.20 pagi.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengawal kebakaran daripada merebak dalam kejadian di Kampung
ANGGOTA bomba mengawal kebakaran daripada merebak dalam kejadian di Kampung

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia