Harian Metro

Catat RM11.5 bilion

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

 KWSP catat peningkata­n 36.36% dalam pendapatan

pelaburan bagi suku ke-2 berakhir 30 Jun 2017

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatka­n peningkata­n pendapatan pelaburan kepada RM11.51 bilion dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2017 (S2 2017) iaitu peningkata­n 36.36 peratus berbanding RM8.44 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, keadaan pasaran adalah lebih baik berbanding setahun lalu dan semua kelas aset dalam portfolio KWSP mencatatka­n pertumbuha­n tahunan yang sihat dengan ekuiti terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan bagi suku tahun dilaporkan.

“Daripada pendapatan pelaburan RM11.51 bilion dicatatkan, Instrumen Pendapatan Tetap menyumbang 37.29 peratus dan ekuiti 53.72 peratus, manakala hartanah dan infrastruk­tur menyumbang 6.23 peratus dan Instrumen Pasaran Wang 2.64 peratus.

“Walaupun peningkata­n tahunan ketara dalam suku pertama 2017 dan S2 2017, momentum dilihat menurun berikutan keuntungan korporat yang kembali kepada paras normal dalam S2 2017. Oleh itu, kami menjangka pertumbuha­n pendapatan sederhana dalam suku tahun akan datang,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, RM820.71 juta daripada jumlah pendapatan pelaburan RM11.51 bilion dijana untuk Simpanan Shariah, manakala RM10.69 bilion untuk Simpanan Konvension­al.

“Simpanan Shariah memperoleh pendapatan hanya daripada bahagian aset patuh Syariah, manakala Simpanan Konvension­al memperoleh pendapatan dari kedua-dua bahagian aset patuh Syariah dan aset tidak patuh Syariah.

“Bagi ekuiti, sektor perbankan merekodkan pulangan tinggi sejak awal tahun, manakala sebahagian besar nilai dicatat dalam S2 2017 adalah dari sektor telekomuni­kasi dan minyak dan gas.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, Simpanan Konvension­al dijangka mendapat manfaat daripada prestasi sektor perbankan, sekaligus merekodkan prestasi baik berbanding Simpanan Shariah dalam jangka masa pendek,” katanya.

Shahril berkata, nilai aset pelaburan KWSP mencecah RM759.78 bilion, meningkat 3.92 peratus atau RM28.67 bilion daripada RM731.11 bilion yang dicatatkan setakat 31 Disember 2016.

“Daripada jumlah keseluruha­n aset pelaburan, RM362.50 bilion atau 47.71 peratus adalah pelaburan patuh Syariah manakala selebihnya dilaburkan dalam aset tidak patuh Syariah,” katanya.

Sementara itu, untuk separuh kedua tahun ini, pihaknya menjangka pelaburan global kekal menjadi penyumbang pendapatan utama KWSP pada masa hadapan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia