Harian Metro

Optimis capai kadar penghunian 75 peratus

-

Kuala Lumpur: Sunway Hotels & Resorts, bahagian hospitalit­i konglomera­t terkemuka Malaysia, Sunway Group menerusi Sunway Velocity Hotel yakin mampu mencapai kadar penghunian sehingga 75 peratus pada tahun pertama operasi didorong oleh faktor lokasi strategik, integrasi perniagaan, persekitar­an pasaran serta harga bilik kompetitif.

Pengarah Urusan bagi Malaysia dan Singapura, Sunway Property, Sarena Cheah berkata, Sunway Velocity Hotel adalah satu-satunya hotel terbesar, bersepadu dan berorienta­sikan transit di Cheras.

“Hotel bertaraf empat bintang ini menawarkan 351 bilik daripada tiga kategori berbeza merangkumi Superior, Superior Plus dan Superior Premier.

“Memandangk­an ia terletak bersebelah­an Sunway Velocity Mall, kami menjangka untuk merekodkan 60 peratus pelanggan korporat manakala bakinya pengunjung dengan tujuan bersantai,” katanya selepas majlis pengumuman pembukaan hotel Sunway Velocity Hotel pada 20 September ini.

Selain itu, Sunway Velocity Hotel juga menyasarka­n kehadiran 60 peratus tetamu domestik dan 40 peratus lagi disumbangk­an pengunjung luar negara terutama dari Singapura dan China.

Sarena berkata, pelanggan hotel berkenaan bukan saja mempunyai akses kepada lebih 500 kedai runcit, malah 150 kedai makanan dan minuman serta pelbagai pusat hiburan dan kemudahan rekreasi, menjadikan­nya sebagai destinasi penginapan ideal untuk pelancong.

Katanya, pembinaan hotel dengan kerjasama antara Sunway Bhd dan Fawanis Sdn Bhd pada nisbah 59:41 terbabit menelan kos pembanguna­n kasar (GDC) sehingga RM146 juta.

Mengulas lanjut mengenai pembanguna­n hotel, Cheah berkata, Sunway Property setakat ini memiliki bank tanah seluas 1,335 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM55 bilion.

Sehingga kini, pihaknya membangunk­an 11 hotel, termasuk masing-masing satu di Vietnam dan Kemboja.

 ??  ?? SARENA (dua dari kanan) selepas majlis pengumuman pembukaan hotel Sunway Velocity Hotel pada 20 September ini.
SARENA (dua dari kanan) selepas majlis pengumuman pembukaan hotel Sunway Velocity Hotel pada 20 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia