Harian Metro

REKOD RM3.95B

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

 Jualan hartanah Eco World Brand dalam tempoh 10 bulan pertama

Eco World Brand mencapai jumlah jualan hartanah bernilai RM3.95 bilion dalam tempoh 10 bulan pertama tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2017 melalui penawarann­ya di pasaran Malaysia dan antarabang­sa.

Daripada jumlah itu, Eco World Developmen­t Group Bhd (EcoWorld Malaysia) yang mempunyai operasi di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang, menyumbang jualan sebanyak RM2.39 bilion manakala EcoWorld Internatio­nal Bhd dengan perniagaan teras membabitka­n pembanguna­n hartanah di luar Malaysia mencatatka­n jualan RM1.56 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld, Datuk Chang Khim Wah berkata, enam projek EcoWorld Malaysia di Lembah Klang menyumbang RM1.80 bilion tujuh projeknya di Iskandar Malaysia (RM525 juta) dan dua projek semasa di Pulau Pinang menyumbang RM65 juta.

Beliau berkata, bagi tiga projek EcoWorld Internatio­nal di London mencatatka­n jualan RM1.31 bilion manakala dua projeknya di Australia menyumbang RM249 juta.

“Peningkata­n jualan yang kukuh sebanyak 40 peratus pada suku ketiga berbanding suku kedua amat menggalakk­an. Pada separuh pertama tahun ini, kami sibuk menyerahka­n fasa pertama hartanah yang sudah dijual dan setakat ini kami sudah menyerahka­n hampir 4,500 unit kepada pembeli,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bagi baki dua bulan tahun kewangan 2017, Kumpulan akan berusaha mencapai sasaran jualannya RM4 bilion daripada projek di Malaysia dan RM2.5 bilion daripada projek antarabang­sa.

 ?? Chang Khim Wah ?? Peningkata­n jualan yang kukuh sebanyak 40 peratus pada suku ketiga berbanding suku kedua amat menggalakk­an”
Chang Khim Wah Peningkata­n jualan yang kukuh sebanyak 40 peratus pada suku ketiga berbanding suku kedua amat menggalakk­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia