Harian Metro

Kematian meningkat 84 orang

-

Baghdad: Jumlah kematian akibat serangan berani mati di sebuah restoran dan pos kawalan polis, kelmarin meningkat kepada 84 orang dalam serangan paling berdarah dilancarka­n Daish sejak bandar Mosul jatuh ke tangan tentera kerajaan.

Ramai yang maut dalam kejadian berhampira­n Nasiriyah termasuk jemaah haji yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, termasuk rakyat Iran.

Pengarah Kesihatan Wilayah Dhiqar, Jassem al-Khalidi yang sebelum ini tidak banyak melihat keganasan berbanding di utara serta tengah Iraq berkata: “Jumlah kematian meningkat 84 orang selepas kami menemui lebih banyak mayat di tempat kejadian.

“Seramai 93 yang lain cedera, ramai dalam keadaan serius.”

Serangan dilancarka­n pada waktu tengah hari dengan penyerang melepaskan tembakan di restoran berkenaan sebelum masuk ke dalam sebuah kereta dan meletupkan diri berhampira­n pos kawalan tidak jauh dari situ.

Kawasan itu dipenuhi mayat yang rentung dengan kenderaan berhampira­n turut terbakar.

Daish mengakui serangan itu yang dikecam hebat wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Jan Kubis sebagai ‘perbuatan pengecut yang mengakibat­kan kematian orang awam, ramai daripadany­a jemaah.’

Tempat kejadian terletak di lebuh raya digunakan jemaah yang kebanyakan­nya pengikut Syiah dari Iran serta selatan Iraq untuk ke bandar Najaf serta Karbala di utara negara berkenaan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia