Harian Metro

Panik bebola api dalam tren

-

London: Letupan dalam kereta api bawah tanah di London, semalam mencetuska­n panik ketika orang ramai sedang menuju ke tempat kerja dengan saksi melaporkan melihat bebola api di dalam gerabak dinaiki.

Polis London berkata, letupan jam 8.15 pagi itu dianggap ‘angkara pengganas’ selepas polis bersenjata dikerah ke stesen berkenaan.

Polis Metropolit­an dalam satu kenyataan berkata: “Timbalan Penolong Komisioner Neil Basu yang juga penyelaras kebangsaan kanan untuk tindakan antikegana­san mengumumka­nnya sebagai kejadian keganasan.”

Orang ramai bertempiar­an keluar selepas letupan itu yang turut mengakibat­kan orang ramai cedera akibat lecuran dan rempuhan di Parsons Green, London barat.

Seorang saksi mendengar letupan kuat sebelum api besar tiba-tiba menyambar di dalam gerabak dinaiki ketika hampir tiba di Parsons Green dan orang ramai yang panik meluru keluar sambil

>>Baldi putih yang terbakar dengan beberapa wayar terjulur

menjerit sebaik pintu dibuka, ada antaranya dengan rambut dan wajah melecur.

Polis bersenjata, paramedik dan bomba tiba dalam tempoh lima minit manakala stesen itu ditutup.

Gambar tersebar yang tidak dapat dikenal pasti kesahihann­ya menunjukka­n baldi putih yang masih terbakar dengan beberapa wayar terjulur daripadany­a ke lantai gerabak.

Sementara itu, perkhidmat­an ambulans berkata, 18 orang dibawa ke hospital tetapi semuanya tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa. - Agensi

 ??  ?? ANGGOTA polis menolong seorang wanita yang cedera sejurus selepas kejadian itu. - Daily Mail
ANGGOTA polis menolong seorang wanita yang cedera sejurus selepas kejadian itu. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia