Harian Metro

IKATAN 8 TAHUN TERLERAI

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Prestasi menurun Zulfahmi faktor utama SIC

berhenti beri penajaan penuh musim depan

Selepas lapan tahun mendapat sokongan penuh daripada Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), jodoh Zulfahmi Khairuddin bersama SIC akhirnya bakal berakhir tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, pihaknya tidak akan lagi menjadi penaja utama kepada pelumba kelahiran Banting, Selangor itu yang kini beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dalam kategori Supersport bersama pasukan

Orelac Racing.

Tegas

Razlan, sudah tiba masanya untuk SIC menarik diri daripada menjadi penaja utama Zulfahmi yang dilihat mengalami penurunan prestasi.

“Secara peribadi, memang saya rasa sedih, tapi apa yang boleh kita lakukan.

“Selama lapan tahun kami menjadi penaja kepada Zulfahmi, saya lihat kariernya semakin menurun.

“Walaupun sepanjang tahun ini antara halangan utamanya adalah masalah jentera, tetapi apabila dia memperoleh pakej yang lengkap dan baik, dia masih gagal meraih keputusan yang memberangs­angkan,” katanya.

Justeru, jelas Razlan, tidak mungkin untuk SIC terus menjadi penaja kepada Zulfahmi tahun depan, tambahan pula bajet sedia ada akan digunakan untuk membentuk pasukan SIC Racing Team di saingan Moto2 pula. “Memang

kami tidak boleh teruskan untuk menajanya dan tiada perancanga­n untuk Zulfahmi tahun depan,” katanya.

Zulfahmi meraih pencapaian turun naik sepanjang lapan tahun SIC menajanya sejak 2009.

Antara pencapaian terbaiknya adalah pada 2012 ketika beraksi bersama bersama AirAsia SIC-Ajo yang di saingan Moto3 yang menyaksika­nnya menamatkan saingan musim itu di tempat ketujuh kedudukan pelumba.

Musim itu juga menyaksika­nnya meraih petak pertama pada pusingan di Sepang serta menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Zulfahmi sekali lagi meraih pencapaian membanggak­an dengan menaiki podium kedua ketika beraksi di WSBK pada pusingan di Sepang tahun lalu.

 ?? Razlan Razali ?? AKSI Zulfahmi bersama pasukan Orelac Racing di WSBK kategori Supersport. Walaupun sepanjang tahun ini antara halangan utamanya adalah masalah jentera, tetapi apabila dia memperoleh pakej yang lengkap dan baik, dia masih gagal meraih keputusan yang memberangs­angkan”
Razlan Razali AKSI Zulfahmi bersama pasukan Orelac Racing di WSBK kategori Supersport. Walaupun sepanjang tahun ini antara halangan utamanya adalah masalah jentera, tetapi apabila dia memperoleh pakej yang lengkap dan baik, dia masih gagal meraih keputusan yang memberangs­angkan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia