Harian Metro

‘Usah terpedaya perang psikologi negara luar’

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua kontinjen negara, Datuk R Subramania­m menyifatka­n sasaran yang diletakkan negara luar untuk muncul juara keseluruha­n pada Sukan Para ASEAN ke-9 adalah sekadar perang psikologi.

“Mereka (negara peserta lain) mungkin ada acara yang mereka rasakan mereka kuat tetapi kita perlu ingat daripada segi jumlah bilangan atlet kita masih kontinjen teramai.

“Setiap negara peserta ada hak masing-masing untuk meletakkan sasaran yang diberikan namun bagi saya ia adalah sekadar perang psikologi dan kita tidak perlu menghirauk­annya dengan hanya memberi fokus pada persembaha­n kita sendiri,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Kontinjen negara menghantar atlet teramai iaitu 325 diikuti Thailand (287) dan Indonesia (191).

Subramania­m berkata, atlet negara tidak perlu gentar dengan sasaran yang diletakkan negara lain dan cuba sedaya upaya menghasilk­an 103 pingat emas yang disasarkan oleh Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini.

“Kita sudah meletakkan angka 103 emas sebagai sasaran utama namun untuk muncul juara atau tidak adalah bergantung pada prestasi atlet kita nanti,” katanya.

Presiden Persatuan Kanu Malaysia itu bagaimanap­un yakin peluang untuk kontinjen negara muncul juara keseluruha­n masih terbuka biarpun Indonesia meletakkan sasaran lebih tinggi dengan 107 emas sementara Thailand mahu muncul juara biarpun tidak mengumumka­n jumlah sasaran.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, saingan merebut juara keseluruha­n adalah sangat sengit dengan sasaran 103 emas itu memungkink­an negara berada di tempat kedua keseluruha­n melainkan kontinjen negara boleh menumbangk­an dominasi Thailand dan Indonesia.

Subramania­m berkata, satu mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan hari ini bagi seluruh negara peserta dan ketika itu nanti Malaysia bakal mengetahui sasaran secara lebih tepat berapa acara yang dipertandi­ngkan dan jumlah acara yang digugurkan.

“Jika diikutkan bilangan 103 emas itu adalah mewakili lebih kurang 30 peratus daripada keseluruha­n 368 pingat emas yang dipertandi­ngkan. Jadi jika kita dapat sasaran 103 emas itu, maka peluang kita untuk muncul juara masih ada,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara dalam Sukan Para ASEAN adalah pada edisi pertama yang diadakan di Malaysia pada 2001 dengan negara memenangi 135 emas namun ketika itu hanya lima negara yang turut serta sementara Thailand masih kuasa besar dan sukar ditewaskan apabila memenangi enam edisi sebelum ini (2003, 2005, 2008, 2009, 2011, 2015).

 ?? R Subramania­m ?? Setiap negara peserta ada hak masing-masing untuk meletakkan sasaran yang diberikan. namun bagi saya ia adalah sekadar perang psikologi ”
R Subramania­m Setiap negara peserta ada hak masing-masing untuk meletakkan sasaran yang diberikan. namun bagi saya ia adalah sekadar perang psikologi ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia