Harian Metro

Ashraf idam emas 800, 1,500m

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Empat tahun lalu pada tanggal 12 Januari 2013 menjadi ‘detik hitam’ buat Muhamad Ashraf Muhammad Haisham apabila kehilangan tangan kiri buat selama-lamanya.

Tangan anak ketiga daripada tujuh beradik itu gagal diselamatk­an, disahkan 90 peratus putus selepas dia mengalami kemalangan motosikal ketika bersama rakan dalam perjalanan dari Pulau Pangkor menuju ke Lumut, Perak.

Kejadian tidak diingini itu menimpanya seawal usia 17 tahun sekali gus menyebabka­n atlet kidal berkenaan ‘malu’ untuk tampil di khalayak ramai.

Dia bergelut dengan kehidupan apabila terpaksa belajar menulis menggunaka­n tangan kanan selama enam bulan sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selepas tamat peperiksaa­n, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sepuluh Sitiawan, Perak, memujuknya agar meneruskan karier di dalam dunia sukan untuk membina masa depan yang lebih gemilang.

Muhamad Ashraf yang dilahirkan normal mengaku agak sukar pada peringkat awal untuk menyesuaik­an diri dengan latihan dan lebih menyedihka­n apabila pergelanga­n kakinya retak sebanyak dua kali ketika berlatih.

Penampilan pertamanya di Sukan Para Singapura pada 2015 menyaksika­n atlet kelahiran Manjung, Perak itu berjaya menggegark­an balapan apabila memenangi emas acara 800m lelaki dan perak 1,500m T46.

“Saya pertama kali menyertai Sukan Para ASEAN di Singapura pada 2015 dan tidak pernah menyangka akan menjadi juara acara 800m dan pecahkan rekod kejohanan.

“Kalau keputusan saya di Singapura hanyalah satu emas (800m) dan satu perak (1,500m), jadi di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para2017), saya ingin mendapatka­n dua pingat emas iaitu dalam kedua-dua acara itu,” kata Ashraf ketika ditemui di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, semalam.

Untuk rekod, olahraga para dijadual berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 hingga 22 ini dengan menawarkan 133 pingat emas secara keseluruha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia