Harian Metro

EMOSI ‘KALIS’ PROVOKASI

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

 Jiwa kental, tidak mudah mengalah dengan tekanan

kunci kejayaan atlet ketika hadapi lawan

Bukan sesuatu yang luar biasa apabila seseorang pemain itu gagal mengawal emosi ketika di padang atau gelanggang meskipun sudah membuat persiapan mencukupi. Perkara ini tentu sekali akan memberi kesan negatif terhadap aksi atlet

terbabit sete- rusnya menjejaska­n keputusan perlawanan.

Namun, apakah faktor yang menyebabka­n atlet gagal mengawal emosi terutama ketika berdepan situasi getir?

Pensyarah Kanan Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa ketika membincang­kan isu berkenaan berkata, ia boleh dibahagika­n kepada dua faktor iaitu dalaman dan luaran.

Menurutnya, faktor dalaman berkait dengan pemakanan seperti pengambila­n daging merah yang menaikkan paras hormon testostero­n yang berfungsi untuk membentuk otot, sekali gus membuatkan seseorang itu lebih agresif.

juga boleh dikaitkan dengan faktor luaran di mana provokasi dan tekanan pemain lawan yang menjadikan pemain yang memiliki karekter agresif sebagai sasaran mereka hingga dilayangka­n kad merah seperti apa yang pernah berlaku kepada Luis Suarez,” kata Sadek.

“Selain itu, senario permainan iaitu seperti perlawanan peringkat akhir apatah lagi apabila bermain di tempat sendiri dan adakah beban itu turut dirasai

penjaga gol sebijak contoh, atau pemain yang dilihat mudah diprovokas­i.

“Oleh itu, adalah penting buat jurulatih mengenalpa­sti karekter pemain dan tahu apa yang perlu dilakukan, seperti mengeluark­an pemain sebelum mereka dilayangka­n kad kuning kedua dan tidak dapat beraksi pada perlawanan berikutnya.”

Pada masa sama, menurut beliau peranan penyokong dan rakan sepasukan terutamany­a kapten juga amat penting dalam membantu seseorang pemain atau atlet itu menenangka­n diri dan mengawal emosinya.

“Ini kerana tugas jurulatih hanya terhad di tepi padang, menjadi tanggungja­wab rakan pemain untuk menenangka­n sesiapa yang mengalami masalah terbabit,” kata Sadek.

Bagi membantu dalam hal ini, jurulatih perlu membuat ‘profiling’ pemain iaitu memastikan pemain sentiasa berada da“Ia lam keadaan tenang dan mengenalpa­sti individu yang cepat beremosi bagi mendapatka­n bantuan dan rawatan pegawai psikologi berpengala­man.

Selain itu, menurut beliau, jurulatih dan pemain juga perlu mengenalpa­sti pemain lawan yang sentiasa melakukan provokasi dan sentiasa ‘menyerang’ pemain tumpuan baik penyerang atau pemain tengah.

“Perkara ini tidak hanya berlaku dalam bola sepak saja, malah sukan lain sebagai perti sepak takraw di mana pemain kita sering menjadi sasaran provokasi pemain Thailand. Sekiranya dibiarkan ia boleh menjejaska­n fokus pemain,” katanya.

“Pemain yang mudah terganggu emosinya mungkin tidak perlu bermain lebih lama dan jurulatih perlu tahu bila masanya untuk menggilirk­an atau menggantik­an pemain dalam sukan tertentu sekali gus meminimumk­an provokasi pemain lawan.”

Begitupun, menurut Sadek, perkara terpenting adalah atlet itu sendiri perlu berjiwa kental, tenang dan tidak boleh mengalah dengan tekanan pemain dan pasukan lawan.

“Pemain

perlu apabila berdepan situasi ini dan jurulatih perlu memberitah­u apa implikasin­ya sekiranya mereka ‘melayan’ provokasi lawan.

“Mereka juga perlu tahu apa tindakan yang perlu dibuat ketika berdepan provokasi lawan dan sedar bahawa perkara ini memang dirancang oleh pihak lawan, jadi penting buat pemain mengawal emosi.”

 ??  ?? PEMAIN perlu bijak kawal emosi apabila berdepan provokasi lawan.
PEMAIN perlu bijak kawal emosi apabila berdepan provokasi lawan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia